• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Top Glove Labur RM75 Juta Untuk Pengeluaran Kondom

oleh Ahmad Albab
26/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Top Glove Corp Bhd telah memperuntukkan pelaburan awal sebanyak RM75 juta untuk fasa pertama pengeluaran kondom bermula Ogos 2018.

Pengerusi Eksekutif, Tan Sri Dr Lim Wee Chai, berkata langkah itu adalah sebahagian daripada usaha pempelbagaian syarikat bagi mengurangkan persaingan sengit dalam pasaran sarung tangan.

“Jentera dan kilang berkaitan akan siap menjelang Ogos tahun depan,” katanya kepada pemberita semasa taklimat korporat di Invest Malaysia Kuala Lumpur 2017 di sini hari ini.

Syarikat itu mahu meningkatkan bahagian pasaran global kepada 30 peratus pada tahun 2020 daripada  25 peratus sekarang ini.

Melangkah ke hadapan, Top Glove akan meningkatkan automasi dalam fasilitinya dan mengupah lebih ramai graduan bagi menggantikan tenaga kerja asing, kata Lim, sambil menambah bahawa dalam tempoh empat tahun lepas, automasi telah membantu mengurangkan pergantungan kepada sumber manusia sebanyak 34 peratus atau lebih daripada 2,000 pekerja.

Pengarah Eksekutif Lim Cheong Guan ketika bercakap mengenai keseluruhan perniagaan Top Glove, memberitahu syarikat merancang untuk mengembangkan perniagaan sarung tangan di China bagi mengatasi Jepun dalam tempoh lima tahun.

Pasaran di China sekarang ini menyumbang sebanyak dua peratus kepada jumlah jualan syarikat manakala Jepun adalah sebanyak lapan peratus, katanya.

“Terdapat potensi yang besar untuk pertumbuhan. Bagi tujuan ini, kami merancang pembangunan satu atau dua kilang yang akan dibina setiap tahun bagi menampung permintaan global,” katanya.

Setakat ini, 26 kilang dan 500 barisan pengeluaran Top Glove sedang menghasilkan lebih kurang 48 bilion sarung tangan setiap tahun.

Invest Malaysia Kuala Lumpur adalah acara tahunan yang dianjurkan oleh Bursa Malaysia Bhd untuk pelabur global. – BERNAMA

Tags: kondom
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dunia Berdepan Kekurangan Bekalan Kondom

08/04/2020
0

KUALA LUMPUR - Masalah kekurangan kondom global semakin meningkat susulan wabak COVID-19 menyebabkan kilang terpaksa ditutup sehingga menjejaskan bekalan, kata...

‘Bayangkan Dunia Tanpa Kondom…’ – Dr M

04/09/2018
0

SARUNG Getah dalam bentuk produk kondom telah melakukan tugas yang besar kepada manusia sejagat dengan menghalang kelahiran yang berleluasa. Perdana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd