• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Neymar Borong Kasut Lebih £14 Ribu

oleh Ahmad Albab
26/07/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BINTANG Barcelona, Neymar tidak kedekut untuk mengeluarkan wangnya apatah lagi dengan kontrak £500,000 seminggu di Paris Saint-Germain yang kini sedang hangat menjadi bualan.

Pemain Brazil itu telah menunjukkan kegilaannya apabila sanggup berbelanja lebih £14 ribu dalam sekali kunjungan ke sebuah kedai kasut di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Neymar sebelum itu telah dijemput dalam satu rancangan untuk bercakap tentang kerjayanya, kecintaannya terhadap fesyen dan yang paling penting kegilaannya terhadap kasut edisi terhad.

Pemain antarabangsa Brazil ini juga mempunyai jenamanya sendiri, Air Jordan V ‘Neymar’, yang dilancarkan dengan kerjasama Nike dan legenda bola keranjang NBA, Michael Jordan.

“Dia sangat luar biasa ketika saya bertemu dengannya,” kata Neymar kepada majalah Complex.

“Dia seorang lelaki yang sangat baik, sangat selamba.

“Saya terkejut dengan keramahannya. Ia adalah salah satu detik paling bahagia dalam hidup saya. Saya gementar apabila berjumpa dengannya,” kata pemain berusia 25 tahun itu.

Neymar akan meneruskan kerjasama dengan Nike dan Jordan pada masa akan datang dan mendedahkan dia sudah ada idea, susulan but bola sepak Air Jordan Hypervenom II yang dikeluarkan tahun lepas.

“Rancangannya adalah untuk terus melakukan tambah baik, bukan hanya but, tetapi dari segi pembangunannya supaya saya lebih selesa dengan but yang lebih ringan,” katanya.

“Kami akan terus bercbincang untuk memperbaiki penampilannya.”

Neymar juga mendedahkan dia dan rakan sepasukan di Barcelona, Lionel Messi, mempunyai persaingan peribadi ketika memakai kasut masing-masing di padang.

“Kami bergurau mengenai but, siapa pakai but hodoh akan dikutuk,’ katanya.

Selepas menamatkan temu bualnya, Neymar meluangkan masa melawat kedai kasut popular dunia, Flight Club di Los Angeles sebelum berbelanja sebanyak £14,242, satu rekod baru untuk siri Sneaker Shopping. – mStar Online

Tags: kasutNeymar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bapa Neymar Ditangkap, Denda RM4.88 Juta

Bapa Neymar Ditangkap, Denda RM4.88 Juta

25/06/2023
0

RIO DE JANEIRO: Bapa Neymar, Neymar De Silva Santos ditangkap pihak berkuasa Brazil atas kesalahan jenayah alam sekitar. Ikuti Mynewshub: Telegram...

Bapa Neymar Ditangkap, Denda RM4.88 Juta

Bapa Neymar Ditangkap, Denda RM4.88 Juta

24/06/2023
0

RIO DE JANEIRO : Bapa Neymar, Neymar De Silva Santos ditangkap pihak berkuasa Brazil atas kesalahan jenayah alam sekitar. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd