• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jurutera Mati Dengan Kesan Tembakan Di Kepala

oleh AK-47
26/07/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seorang jurutera di sebuah agensi pelaburan ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala dalam kejadian di kediamannya di Seksyen 7, di sini hari ini.

Difahamkan, lelaki berusia 50-an itu ditemui mati di dalam bilik air di tingkat dua, rumah teres dua tingkat berkenaan oleh bapa mentuanya, kira-kira pukul 1.15 tengah hari.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Supt. Nek Zaidi Zakaria berkata mayat lelaki  itu ditemui bersama selaras senapang patah di sisinya.

“Bapa mentua lelaki itu yang baru pulang ke rumah daripada mengambil cucunya di sekolah, terdengar bunyi tembakan dari tingkat atas.

“Dia kemudian meluru masuk ke rumah sebelum menemui mangsa dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di dalam bilik air tersebut,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata semasa kejadian, lelaki yang ada empat orang anak itu dilaporkan tinggal berseorangan sementara isterinya keluar bekerja, dan difahamkan dia mempunyai masalah kemurungan setelah dua bulan tidak bekerja.

Menurut Nek Zaidi, mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, untuk bedah siasat. – BERNAMA

*Video di bawah sekadar hiasan…

Tags: kematiankes bunuhShah Alam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ahli Parlimen Shah Alam Kecewa Usul Had Tempoh PM Gagal – ‘Kurang Selera Berbuka Puasa’

Ahli Parlimen Shah Alam Kecewa Usul Had Tempoh PM Gagal – ‘Kurang Selera Berbuka Puasa’

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Shah Alam melahirkan rasa sangat kecewa selepas usul bagi menghadkan tempoh jawatan Perdana...

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd