• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bait Lirik ‘Heavy’ Ceritakan Tekanan Dialami Chester

oleh
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEBERAPA hari lepas dunia bersedih apabila digemparkan dengan berita pemergian vokalis Linkin Park, Chester Bennington.

BACA : Vokalis Linkin Park Ditemui Mati Gantung Diri

Berikutan berita kematian Chester, media antarabangsa memfokuskan pada tekanan yang melanda vokalis tersebut sehingga sanggup ‘mengambil’ nyawanya sendiri.

Antara menjadi tumpuan, ‘Heavy’ yang merupakan single pertama daripada album terbaharu kumpulan itu, ‘One More Light’ yang dilancarkan pada bulan Mei lalu.

‘Heavy’ adalah hasil tersendiri Chester bersama Mike Shinoda, Brad Delson, Julia Michaels dan Justin Tranter.

Setiap bait lirik lagu tersebut menceritakan masalah serta tekanan yang melanda Chester dan bagaimana keadaan itu menukarnya menjadi ‘gila’.

Mike Shinoda ketika ditemui majalah Billboard membuat pengakuan bahawa Chester berada dalam keadaan yang sangat tertekan sewaktu penghasilan lagu berkenaan.

“Saya tanya adakah dia okey. Pada mulanya dia kata okey, tetapi selepas itu dia mengakui berdepan terlalu banyak perkara dalam hidupnya.

“Katanya, dia berasa seakan-akan sedang lemas,” ujar Mike.

Dalam pada itu, Chester turut tidak menafikan bahawa dia sedang berada dalam tahap melawan tekanan.

“Saya sudah tiba pada satu fasa dalam hidup di mana saya boleh mengalah dan mati, atau terus berjuang. Dan saya pilih untuk berjuang,” katanya dalam satu temuramah terakhir dengan The Mirror.

Chester Charles Bennington atau lebih dikenali sebagai Chester Bennington meninggal dunia pada 20 Julai lalu ketika usianya menjangkau 41 tahun.

Bapa kepada enam orang anak ini ditemui mati tergantung dalam kediamannya di Los Angeles, pagi Khamis lalu.

Selain pernah berhadapan dengan isu penyalahgunaan dadah dan alkohol, vokalis ini turut melalui zaman kanak-kanak yang hitam kerana pernah mengalami penderaan seksual. – MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura

Tags: Chester BenningtonLinkin ParkTekanan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kembalikan BUDI95 Kepada 300 Liter, PMX Perlu Fahami Tekanan Ekonomi Rakyat – Lim Guan Eng

Kembalikan BUDI95 Kepada 300 Liter, PMX Perlu Fahami Tekanan Ekonomi Rakyat – Lim Guan Eng

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengurangan kuota Budi Madani RON95 (BUDI95) daripada 300 liter kepada 200 liter adalah satu keputusan yang tidak...

Jalaluddin Rayu Anggota Tentera, Polis Pilih BN – “Undilah Dengan Hati Nurani Demi Negeri Sembilan”

Jalaluddin Rayu Anggota Tentera, Polis Pilih BN – “Undilah Dengan Hati Nurani Demi Negeri Sembilan”

27/07/2026
0

SEREMBAN – Anggota pasukan keselamatan khususnya tentera dan polis yang akan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal esok diseru supaya tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd