• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SIC Wujud Akademi Teknikal Sukan Permotoran 

oleh AK-47
25/07/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sepang International Circuit (SIC) akan menubuhkan Akademi Teknikal Sukan Permotoran  bagi memupuk tahap profesionalisme dan kompetensi kru sokongan seiring dengan standard perlumbaan kejuaraan dunia selain membangunkan bakat pelumba.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Razlan Razali berkata SIC telah menjalin perkongsian strategik dengan Kementerian Belia dan Sukan dan jenama-jenama global dalam industri perlumbaan bagi menyediakan graduan akademi dengan peralatan canggih dan pengetahuan teknikal.

“Kami bersyukur dengan sokongan positif yang diberikan oleh jenama terkenal dunia dalam usaha kami memacu sukan permotoran negara ke tahap yang lebih tinggi.

“SIC akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan proses pencarian lebih ramai bakat tempatan dan berharap dengan kehadiran rakan-rakan ini, kami yakin akan berjaya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Razlan berkata SIC telah bekerjasama dengan Unipac Engineering (M) Sdn Bhd., iaitu rakan rasmi peralatan bagi pasukan SIC Racing Team dalam perlumbaan dunia MotoGP Moto3, sebagai rakan rasmi peralatan akademi.

SIC juga berganding dengan Franz Mark (M) Sdn Bhd, pengedar eksklusif bahan pelincir jenama IPONE dan Sinar Puncak RK-M (Malaysia), pembuat rantai dan gegancu (sprocket) jenama RKM dan SSS, sebagai rakan kepakaran SIC.

“Unipac, ÿang mengeluarkan produk berjenama seperti Beta, Ravaglioli dan Ezzlube, akan menyediakan peralatan untuk akademi ini dan pelatih dapat menggunakan peralatan ini sebagai alat bantuan untuk motosikal perlumbaan Honda NSF250 yang dimiliki oleh SIC.

“RKM dan SSS adalah jenama ikon dalam perlumbaan di Malaysia dan kini mereka akan menghulurkan bantuan bagi memupuk bakat pelumba muda tempatan dan kemahiran kumpulan juruteknik,” katanya. – BERNAMA

Tags: Sepang International Circuit (SIC)
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video: Datuk Farid Ridzuan ‘Dikasari’ Krew Ferrari?

15/02/2025
0

KUALA LUMPUR - Perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1) 2017 yang diadakan selama tiga hari di Litar Antarabangsa Sepang (SIC)...

Litar Sepang Tak Akan Jadi Projek ‘Gajah Putih’

02/10/2017
0

SEPANG – Susulan ketiadaan perlumbaan Formula One (F1) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bermula tahun depan, litar itu tidak akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd