• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Tawar Kursus Minyak & Gas Di Kolej Vokasional

oleh AK-47
25/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Kementerian Pendidikan akan menawarkan kursus minyak dan gas di peringkat sijil dan diploma di kolej vokasional bagi melahirkan tenaga separuh mahir dalam bidang itu tidak lama lagi.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kementerian akan berkerjasama dengan Kementerian Pendidikan Brunei yang mempunyai silibus pengajian dalam bidang minyak dan gas untuk peringkat sekolah.

“Buat permulaan, kita boleh adakan kerjasama untuk peringkat sijil dan diploma kemahiran,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata, kursus minyak dan gas itu akan ditawarkan di kolej vokasional terpilih termasuk di Pengerang, Johor.

Katanya, kerjasama dengan kerajaan Brunei itu masih di peringkat rundingan bagi mengenal pasti kaedah pelaksanaannya sama ada menghantar guru terlatih untuk berkursus dalam bidang itu di Brunei atau menggunakan perkhidmatan guru negara itu di Malaysia.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatnya dari Brunei, Pehin Dato Suyoi Osman bersempena Persidangan Majlis Pertubuhan Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEC) ke-49, yang berlangsung selama empat hari di sini bermula hari ini.

Mahzdir berkata, tawaran kursus minyak dan gas itu adalah sebahagian daripada perancangan kerajaan untuk memperkasakan sistem pendidikan Kolej Vokasional dengan penyusunan kursus secara berperingkat mengikut kesesuaian lokasi.

Katanya langkah memperkasakan sistem pendidikan Kolej Vokasional dan seiring dengan keperluan semasa dan revolusi industri keempat.

“Kita harus melengkapkan sistem pendidikan dengan revolusi industri keempat yang mengabungkan pelbagai teknologi maklumat terkini dalam semua bidang,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mahdzir KhalidMinyak & Gas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pengambilan Pekerja Sektor Minyak & Gas Meningkat Pada Oktober

12/12/2018
0

KUALA LUMPUR – Industri minyak dan gas tidak menunjukkan petanda kelembapan aktiviti pengambilan pekerja secara dalam talian malah sektor itu...

Projek Solar: Mahdzir Selesai Keterangan Di SPRM

30/11/2018
0

PUTRAJAYA – Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, selesai memberi keterangan selama tiga jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd