• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jualan Kenderaan Jun Susut Kepada 50,275 Unit

oleh Ahmad Albab
24/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jumlah jualan kenderaan pada Jun 2017 turun kepada 50,275 unit daripada 57,362 unit yang dijual dalam bulan yang sama tahun lepas, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

Kuantiti jualan pada Jun 2017 susut sebanyak 12 peratus, atau 7,087 unit, berbanding dengan bulan yang sama tahun lepas disebabkan oleh bulan bekerja pendek ekoran cuti Hari Raya, kata persatuan itu dalam satu kenyataan hari ini.

“Bagi kenderaan penumpang, jualan pada Jun susut kepada 45,339 unit berbanding 50,978 unit.

“Jualan kenderaan perdagangan turun kepada 4,936 unit daripada 6,384,” kata MAA.

Bagaimanapun, keseluruhan jumlah jualan kenderaan setakat ini bagi tahun ini tiga peratus lebih tinggi berbanding tempoh yang sama tahun lepas, kata persatuan itu.

Mengenai prospek masa depan, MAA berkata kuantiti jualan bagi Julai 2017 dijangka kekal pada paras yang sama seperti Jun disebabkan kelewatan yang dijangkakan dalam proses pendaftaran kenderaan memandangkan ketidakpastian tentang liberalisasi insurans motor dari Julai 2017.  – BERNAMA

Tags: Kenderaan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jimatkan Pengunaan Tenaga Dan Kenderaan, Kurangkan Permintaan Terhadap Minyak – DAP

Jimatkan Pengunaan Tenaga Dan Kenderaan, Kurangkan Permintaan Terhadap Minyak – DAP

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP mengarahkan semua pemimpin dan wakil rakyat parti itu smembuat penerangan kepada masyarakat berhubung keseriusan krisis tenaga...

Lebih 2.2 Juta Kenderaan Di Lebuh Raya PLUS Menjelang Aidilfitri

Lebih 2.2 Juta Kenderaan Di Lebuh Raya PLUS Menjelang Aidilfitri

19/03/2025
1

KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan peningkatan trafik sehingga 2.2 juta kenderaan sehari pada hari puncak menjelang Aidilfitri di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd