• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SEA TVET Buka Peluang Pelajar KK Ke Luar Negara

oleh AK-47
24/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pelajar kolej komuniti kini berpeluang menyertai program pertukaranpelajar ke luar negara melalui Program Mobiliti Antarabangsa Southeast Asia Technical and Vocational Education (SEA TVET).

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mary Yap Kain Ching berkata sebagai permulaan, enam pelajardan dua pensyarah dari Langkawi Tourism Academy@Kolej Komuniti Langkawi dipilih untuk menyertai program itu dengan kerjasama Rajamangala University of Technology Lanna (RMUTL) Thailand.

Katanya kedua-dua institusi pendidikan tinggi itu dipilih berikutan kepakaran masing-masing dalam bidang hospitaliti dan pelancongan.

“Pelajar dan pensyarah terbabit akan mengikuti program selama dua minggu di RMUTL bagi menimba ilmu, berkongsi amalan terbaik serta pendedahan kepada budaya Thailand yang kemudiannya akan dikongsi dengan rakan mereka di Malaysia.

“Kolaborasi dengan RMUTL berbentuk reciprocal (timbal balik). Selepas ini RMUTL juga akan menghantar pelajar dan pensyarah ke Langkawi di bawah program ini,” katanya kepada pemberita pada majlis pelepasan peserta program itu, di sini hari ini.

Yap berkata program yang diselaraskan Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti (JPKK) itu akan diadakan dari semasa ke semasa hingga 2019 serta melibatkan pelbagai bidang lain termasuk elektronik, mekatronik dan pembuatan, pertanian dan perikanan serta pembinaan.

Beliau berkata kolej komuniti juga boleh memilih sendiri institusi luar negara untuk mengadakan kerjasama menerusi program itu pada masa akan datang, namun ia tertakluk kepada kelulusan JPKK.

Katanya SEA TVET adalah antara usaha negara anggota Persidangan Majlis Menteri-Menteri Pelajaran Asia Tenggara (SEAMAO) bagi mengantarabangsakan program TVET melalui harmonisasi kurikulum, pertukaranpelajar dan kakitangan, sangkutan perindustrian dan perkongsian sumber.

Dalam pada itu, seorang peserta, Amizal Abdul Ghani, 18, berkata beliau  bangga terpilih menyertaiprogram berkenaan dan bertekad untuk menimbu ilmu sebanyak mungkin dalam bidang kulinari dari negara itu.

“Dari segi bahasa saya rasa tiada masalah kerana saya pandai berbahasa Thailand memandangkan ibu saya berasal dari sana,” katanya.

Seorang lagi peserta, Tan Shin Yan, 18, pelajar bidang makanan dan minuman (F&B) berkata, beliau teruja untuk mempelajari bidang hospitaliti negara itu yang terkenal dengan budaya kesopanan.

“Saya ingin mempelajari cara mereka yang mungkin berlainan dari negara kita dan mempraktikkannya di Malaysia,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Mary Yap Kain ChingSEA TVET
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd