• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Pengebom Cuba Masuki Kem Tentera Mati Ditembak

oleh AK-47
24/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ABUJA – Pasukan tentera Nigeria menembak mati tiga wanita yang merupakan pengebom bunuh diri Boko Haram ketika ketiga-tiga mereka cuba menyusup masuk ke kem tentera di Kawuri, timur laut negara itu.

Jurucakap tentera Brig Jen Sani Kukasheka Usman dalam satu kenyataan berkata ketiga-tiga pengebom bunuh diri yang dalam misi melakukan serangan itu dikesan oleh pasukan keselamatan ketika cuba memasuki kem tentera itu pada Sabtu lepas.

“Kesemua wanita itu bagaimanapun tidak menghiraukan arahan pasukan keselamatan untuk berhenti menyebabkan anggota tentera terpaksa bertindak menembak mereka. Beberapa lagi pengebom bunuh diri dibawa keluar daripada kawasan itu,” katanya.

Usman turut menggesa penduduk tempatan menyokong pasukan tentera dan menjadi ‘mata dan telinga’ dengan melaporkan sebarang pergerakan mencurigakan yang boleh membahayakan pasukan tentera dan agensi keselamatan.

Dalam perkembangan berkaitan, Usman turut mengumumkan seramai 12 anggota Boko Haram, termasuk tiga pemimpin berprofil tinggi pertubuhan pengganas itu telah menyerah diri kepada pasukan tentera di timur laut negara itu.

Berdasarkan siasatan awal, pengganas yang menyerah diri itu terdiri daripada anggota kumpulan serpihan Mamman Nur.

Usman berkata di antara alasan yang diberikan ialah mereka menyerah diri kerana ‘telah menyedari kebodohan mereka dan tidak mahu lagi terlibat dalam aktiviti keganasan dan pemberontakan’.

Kumpulan itu mendakwa mereka berjaya menyusup keluar daripada lokasi persembunyian Boko Haram di perkampungan Buk di Borno, serta memberitahu lebih ramai anggota kumpulan itu berhasrat mahu menyerah diri kerana tidak tahan dengan kesukaran yang dialami.

“Mereka merayu simpati dan memohon maaf daripada seluruh lapisan masyarakat kerana mendakwa mereka telah diperdaya bahawa perjuangan mereka selama ini adalah untuk tujuan yang murni. Tentera juga diminta melakukan operasi bagi menyelamatkan anggota kumpulan itu yang mahu menyerah diri,” kata Usman. – BERNAMA-NNN-PANA

Tags: Brig Gen Sani Kukasheka Usman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd