• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tangkapan Anggota Polis Di Kedah Menurun – SPRM

oleh Ahmad Albab
24/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah merekodkan penurunan tangkapan anggota polis  bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas.

Pengarah SPRM Kedah Datuk Mohd Fauzi Muhammad berkata daripada jumlah keseluruhan 49 tangkapan dalam tempoh itu tahun lalu,  10 daripadanya melibatkan anggota polis manakala bagi tahun ini, daripada keseluruhan 32 tangkapan dalam tempoh tersebut, hanya lima tangkapan melibatkan polis.

“Manakala bagi anggota penguat kuasa lain bagi tempoh Januari hingga Julai ini, kita hanya merekodkan tiga tangkapan berbanding lima tangkapan dalam tempoh itu tahun lalu,” katanya semasa menghadiri Majlis Ikrar Bebas Rasuah Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini hari ini.

Mohd Fauzi berkata setiap tangkapan yang dilakukan adalah berdasarkan laporan atau risikan dan bukan hanya menumpukan kepada satu-satu jabatan atau agensi sebagai sasaran utama.

“SPRM tidak pernah berniat untuk menjadikan PDRM sebagai sasaran utama,  mana-mana jabatan atau agensi penguat kuasa juga kita siasat sama rata sekiranya ada laporan diterima,” katanya.

Dalam majlis itu seramai 600 pegawai dan anggota polis IPK Kedah dan sekitar Alor Setar melafazkan IBR yang diketuai Timbalan Ketua Polis Kedah DCP Sahabuddin Abd Manan dan disaksikan Fauzi sendiri. – BERNAMA

Tags: anggota polisSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

125 Anggota Polis Ditugaskan Semasa Perarakan Hari Wesak, Jalan Ditutup Secara Berperingkat

125 Anggota Polis Ditugaskan Semasa Perarakan Hari Wesak, Jalan Ditutup Secara Berperingkat

30/05/2026
0

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang akan menugaskan seramai 125 pegawai dan anggota bagi memastikan kelancaran trafik serta keselamatan orang...

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd