• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hospital Pendang Bukan ‘Gula-Gula’ Pilihan Raya

oleh Ahmad Albab
24/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENDANG – Pembinaan hospital baharu di Pendang tetap akan dilaksanakan kerajaan seperti yang dijanjikan sebelum ini dan bukannya ia bukannya sekadar ‘gula-gula’ pilihan raya.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata kerajaan sering menerima tuduhan seperti ini, namun rakyat perlu faham untuk membina sebuah hospital memerlukan penelitian dari segi kos dan peruntukan serta pelbagai sudut lain.

“Namun kerajaan tidak akan menoleh ke belakang dan akan memastikan hospital ini akan terbina dan tender akan dikeluarkan pada September ini kerana telah mendapat kelulusan daripada kerajaan persekutuan melalui Kementerian Kesihatan,” katanya kepada Bernama selepas Majlis Hari Raya Muafakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tiang, di Pusat Khidmat DUN itu di sini, hari ini.

Turut hadir Pegawai Daerah Pendang Zaid Ahmad serta kepimpinan UMNO bahagian Pendang.

Untuk rekod, dalam Rancangan Malaysia Ke-11 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Hospital Pendang antara enam hospital baharu yang akan dibina selain di Kemaman, Bentong, Pasir Gudang, Maran dan Baling.

Hospital yang dijangka menelan kos RM220 juta itu akan dilengkapi 250 katil dengan 11 kepakaran antaranya pediatrik, ortopedik, kecemasan dan trauma, patologi serta radiologi, dijangka akan dibina di Kampung Banggol Pauh, di sini.

Sementara itu, Ahmad Bashah berkata, sokongan rakyat kepada UMNO di daerah ini masih utuh dan padu apabila ribuan rakyat pelbagai kaum hadir pada setiap majlis yang dianjurkan.

“Ini menunjukkan rakyat terus bersama-sama kita memberi sokongan kepada ADUN di kawasan mereka, ini satu petanda yang baik bahawa orang ramai masih lagi sayang dan membantu ahli yang berhormat masing-masing,” katanya.

Katanya, jika rakyat saling membantu pemimpin dan sentiasa bermuafakat, apa sahaja cabaran yang dihadapi dapat disempurnakan dengan baik dan hasilnya dapat dirasai keseluruhan rakyat. – BERNAMA

Tags: Ahmad Bashah Md Hanipahhospital
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Wanita Maut Kerana Kerbau Seekor

Dua Wanita Maut Kerana Kerbau Seekor

04/01/2026
0

TANGKAK: Dua wanita disahkan maut dalam satu kemalangan jalan raya tragis melibatkan dua buah kenderaan di KM 33, Jalan Kebun...

Pesakit Dakwa Dipukul Dua Doktor Di Hospital

Pesakit Dakwa Dipukul Dua Doktor Di Hospital

23/12/2025
0

SHIMLA (India): Seorang pesakit lelaki berusia 36 tahun mendakwa menjadi mangsa serangan fizikal oleh dua orang doktor di Indira Gandhi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd