• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Muda Risau Ancaman Penipuan Di Internet

oleh Ahmad Albab
23/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bimbang dengan ancaman penipuan di Internet sehingga ada mangsa yang terkandas di luar negara gara-gara terpengaruh dengannya.

Baginda bertitah, masyarakat harus berwaspada dengan tawaran lumayan dan tidak masuk akal melalui Internet sebagai umpan pihak yang mahu mengaut keuntungan mudah.

Menurut siaran media Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) hari ini, baginda menyatakan kerisauan itu ketika menyampaikan sumbangan zakat untuk tabung Ibnu Sabil bagi membantu golongan terkandas atau mereka yang memerlukan bantuan kecemasan di Melbourne, Australia.

Baginda yang juga Yang Dipertua MAIPs menyampaikan sumbangan zakat berjumlah RM5,000 kepada pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Melbourne yang diwakili Konsul Jeneral Malaysia, Westmoreland Palon dan Konsul Muda, Muhamad Nadzri Abdullah Sani.

Menurut baginda tabung berkenaan merupakan satu daripada inisiatif MAIPs dalam membantu rakyat Malaysia yang kesusahan dan memerlukan bantuan segera untuk pulang ke tanah air dalam situasi kecemasan.

Ini kerana terdapat kes rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara kerana terpikat dengan tawaran kerja melalui Internet, tambah baginda.

Baginda menasihati mereka yang menjadi mangsa supaya tidak berdiam diri sebaliknya segera melaporkan kepada pihak berkuasa terutama polis atau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). – BERNAMA

Tags: internetRaja Muda Perlis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 60 Peratus Kanak-kanak Miliki Peranti, Layari Internet Hingga 4 Jam Sehari

Lebih 60 Peratus Kanak-kanak Miliki Peranti, Layari Internet Hingga 4 Jam Sehari

02/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Sebanyak 55.7 peratus kanak-kanak di negara ini menggunakan internet selama satu hingga empat jam sehari tahun lalu. Pengerusi...

RM100 Juta Pastikan Capaian Internet Sekolah Luar Bandar

RM100 Juta Pastikan Capaian Internet Sekolah Luar Bandar

18/10/2024
0

KUALA LUMPUR : Sebanyak RM100 juta diperuntukkan bagi memastikan capaian internet di sekolah desa dan pedalaman. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd