• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

China: Negara Paling Pesat Membangun

oleh Ahmad Albab
23/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CHINA merupakan satu kuasa ekonomi yang digeruni. Jika dilihat pada trend ekonomi terkini, China menunjukkan penambahan ekonomi yang kukuh. China mempunyai pertumbuhan ekonomi purata sebanyak 10 peratus setiap tahun. Ia disebabkan dari reformasi pasaran 1978. Reformasi ini membuka jalan untuk China berkembang pada hari ini.

Jika dilihat pada masa dahulu, kebanyakan rakyat China pada 1942 menderita kelaparan. Mereka sanggup bergadai keluarga dan nyawa hanya untuk sesuap nasi. Namun realiti pada masa kini, perkara itu telah berubah 100 peratus. Masyarakat China sudah mampu membangunkan bangunan-bangunan pencakar langit di negara mereka.

Pelbagai perkara membuatkan China membangun pada hari ini. China kini lebih memupuk sifat berinovasi bukan sekadar hanya meniru ciptaan negara lain. Mereka meninggalkan perangai lama agar mampu bersaing dengan cabaran global yang semakin mencabar.

Antara penyebab kemajuan China adalah dasar pemerintahan yang dijalankan. Pemerintah China memfokuskan pembangunan ekonomi dan membeikan komitmen sepenuhnya dalam mencapai visi negara maju. Perkara ini bermula hasil pemerintahan secara autokrasi untuk memastikan rakyatnya mampu mengikuti kehendak pemerintah yang bermula dari Revolusionis Deng Xiaoping.

Perkara yang dititikberatkan dalam pembangunan China adalah kebijaksanaan rakyat dan pemerintah dalam berhemat. Mereka mampu bangkit atas dasar mengejar kesederhanaan. China mengamalkan konsep mengumpulkan gaji pekerja di Bank Negara untuk dana pembangunan negara. Jangan terkejut sekiranya 85 peratus dana pembangunan China datangnya dari dana tersebut.

Penekanan China pada sumber ekonomi makro merupakan penyumbang kepada kemajuan China. Mereka sentiasa konsisten untuk menjadikan negara mereka sebagi pusat perdagangan dunia dengan kewujudan zon bebas cukai. Tanpa menunggu lama, China mampu menjadi kuasa besar dalam dunia bisnes.

Tidak lupa juga bahawa pembangunan infrastuktur yang sesuai untuk menjalankan perniagaan menjadi daya penarik pelabur untuk melaburkan duit di sini seterusnya meningkatkan lagi taraf negara China. Maka tidak hairanlah China mampu menjadi hagemoni baru dunia dalam bidang ekonomi. Mereka mampu mewujudkan zon bebas cukai beserta zon perniagaan yang selesa. Mereka juga sanggup memberi peluang kepada pelabur untuk melabur di sana.

Maka, keupayaan China untuk membangun adalah hasil kerjasama bersama pemimpin dalam melihat negara China bersaing di persada dunia. Semuanya adalah hasil daripada penanaman sifat patriotisme dalam kalangan rakyat dan pemerintah menjadikan perkara ini boleh berlaku.

Oleh: Azib

#laskarmalaya

Tags: ChinaNEGARA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Jawatan Hanyalah Pinjaman, Kuasa Adalah Amanah’ – Onn Hafiz

‘Jawatan Hanyalah Pinjaman, Kuasa Adalah Amanah’ – Onn Hafiz

09/08/2026
0

SIMPANG RENGGAM – UMNO perlu kembali kepada perjuangan asal dan tidak menjadikan kemenangan sebagai alasan untuk mendabik dada, sebaliknya terus...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd