• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Buli Pembuli: “Dia Punya Balas Dendam Dahsyat!”

oleh Ahmad Albab
22/07/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEGAMAT – Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid mahu semua pihak berkaitan termasuk jabatan pendidikan dan sekolah memperkasa langkah pencegahan bagi mengekang masalah disiplin di sekolah.

Mengakui kehilangan kata-kata selepas mendengar kejadian terkini melibatkan pelajar letak racun lipas di dalam makanan rakan yang didakwa pembuli, Mahdzir berkata gangsterisme adalah satu hakikat dalam masyarakat yang perlu dihadapi.

“Saya tak tahu hendak kata apa lagi, dia punya balas dendam sangat dahsyat dan kita pun mungkin berfikir tidak apa budak-budak belum akan sampai tahap macam itu.

“Tetapi, hari ini (budak-budak) punya mentaliti sudah lain. Kena gandakan usaha dan beri perhatian kepada mereka (yang dikenal pasti cenderung masalah disiplin,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Baca: Gurauan Racun Lipas Di Dalam Mi Goreng Pelajar

Terdahulu Mahdzir yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sekijang yang turut dihadiri Ketua Bahagiannya, Datuk Dr. Baharum Mohammad.

Semalam akhbar melaporkan polis sedang menyiasat satu kes seorang pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Aman, Sarawak dipercayai mencampurkan racun lipas ke dalam mi goreng seorang rakan yang dikatakan sering membulinya.

Sementara itu dalam ucapan perasmiannya, Mahdzir  berkata kerajaan yang dipacu UMNO dan Barisan Nasional (BN) telah berjaya membentuk sebuah dasar pendidikan negara yang merubah nasib rakyat di negara ini.

“Mak ayah tak sekolah (tapi) anak jadi doktor, ketua pengarah, peguam dan akauntan kerana dasar pendidikan negara. Siapa yang buat dasar ini tentu UMNO dan BN sejak dahulu lagi yang dasar ini menyatukan kita sebagai bangsa Malaysia … Ahmad, Ah Leong dan Mutu boleh duduk bersama minum kopi.

“Tetapi masalah bila datang kepentingan politik pembangkang racun pemikiran rakyat. Semua dibuat kerajaan salah demi kerana mereka mahu memerintah jadi kerajaan sedangkan kerajaan UMNO dan BN sekarang sudah lakukan segalanya demi rakyat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mahdzir KhalidGejala BulilipasMenteri
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

‘Masa Saya Presiden Majlis Belia Malaysia, Menteri Gerun Kepada Saya’ – PMX Anwar

‘Masa Saya Presiden Majlis Belia Malaysia, Menteri Gerun Kepada Saya’ – PMX Anwar

15/05/2026
0

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata para menteri suatu ketika dahulu berasa gerun terhadap beliau semasa memegang...

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan imej palsu di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mohamad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd