• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Hotel FIC: Bos 2 Syarikat Berbeza Direman 6 Hari

oleh Ahmad Albab
22/07/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Dua pegawai pengurusan kanan syarikat berasingan direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes pembelian sebuah hotel empat bintang di Kingston, London oleh Felda Investment Corporation (FIC).

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman membenarkan lelaki itu direman selepas mendengar permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kedua-dua lelaki masing-masing berumur 36 dan 45 tahun yang merupakan ketua unit harta sebuah syarikat perkhidmatan pos dan pengarah sebuah syarikat perundingan aset disyaki terbabit dalam penilaian harta dan harga bagi pembelian hotel berkenaan.

Mereka ditahan di ibu pejabat SPRM di sini kira-kira 1 tengah hari semalam selepas hadir memberi keterangan mengenai pembelian hartanah itu di antara 2013 dan 2015.

Terdahulu, kedua-dua lelaki terbabit yang memakai pakaian lokap berwarna jingga tiba di perkarangan mahkamah pada 9.40 pagi dengan diiringi pegawai SPRM.

Media sebelum ini melaporkan FIC telah membeli sebuah hotel empat bintang mengandungi 62 unit bilik dan dua unit apartmen tiga bilik dengan ­nilai £60 juta (RM330 juta) di Kensington, London pada 2014.

Menurut sumber, kedua-dua suspek dipercayai telah memanipulasi harga hotel tersebut sehingga FIC telah membayar lebih membabitkan puluhan jutaan ringgit berbanding harga asal yang lebih rendah.

FICmerupakan entiti pelaburan diwujudkan Lembaga Ke­majuan Tanah Persekutuan (Felda) pada 2013 – BERNAMA

Tags: FeldaSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd