• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuda UMNO Kelantan Bantah Kekejaman Israel

oleh AK-47
21/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Lebih 400 umat Islam menyertai demonstrasi secara aman di di sini hari ini bagi membantah tindakan rejim Zionis yang menutup Masjid al-Aqsa dan berlaku kejam terhadap umat Islam Palestin.

Bantahan banjuran Pemuda Umno Kelantan, bermula 2.15 petang di hadapan Masjid Muhammadi di sini, selepas umat Islam selesai menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan.

Ketua Pemuda UMNO Kelantan Mohd Azam Ismail berkata rakyat Malaysia sentiasa berdiri di belakang Palestin bagi membantah sebarang pencabulan hak asasi yang dilakukan oleh Israel terhadap umat Islam di negara itu.

“Perhimpunan hari ini bukanlah bermotifkan politik tetapi atas semangat persaudaraan sesama Islam, atas dasar sama kiblat. Ini bukannya isu parti tetapi isu membabitkan umat Islam di seluruh dunia, ” katanya ketika ditemui pemberita selepas demonstrasi .

Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Kelantan turut mengadakan bantahan di lokasi berasingan yang dihadiri kira-kira 400 umat Islam.

Setiausaha PAS Kelantan Datuk Che Abdullah Mat Nawi yang berucap pada bantahan tersebut berkata perhimpunan itu diadakan sebagai solidariti terhadap  Masjid al-Aqsa yang kini dikepung oleh tentera Israel.

“Untuk itu marilah kita bangkit untuk perjuangkan hak beragama samada berada di dalam mahupun luar negara,”  katanya. – BERNAMA

Tags: Mohd Azam IsmailPemuda UMNO Kelantan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd