• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Patuh SOP Sebelum Wartakan Mukim Matang Bebas Rabies

oleh AK-47
21/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Perak perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV)  negeri sebelum mewartakan mukim Matang dalam daerah Larut Matang dan Selama sebagai kawasan bebas penyakit anjing gila atau Rabies.

Exco Kesihatan, Pengangkutan, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu negeri Datuk Dr Mah Hang Soon berkata antara langkah yang perlu dilaksanakan mengikut SOP itu adalah mengambil sampel daripada anjing.

“Jika keputusan sampel negatif, seterusnya tempoh masa inkubasi sebelum diwartakan sebagai kawasan bebas Rabies perlu dinilai secara teliti.

“Ini kerana tempoh  inkubasi agak lama dan ia bergantung kepada keputusan sampel. Oleh itu, kita perlu menitikberatkan keputusan sampel itu sebelum membuat sesuatu keputusan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kesihatan Negara-negara ASEAN mengenai Penjagaan Kesihatan Teras di sini, hari ini.

Isnin lepas, kerajaan negeri Perak mewartakan mukim Matang sebagai kawasan jangkitan Rabies berkuat kuasa serta merta mengikut Perintah Kawasan Jangkitan Penyakit Anjing Gila.

Tindakan itu dibuat susulan kematian seekor anjing akibat Rabies pada 12 Julai lepas, sembilan hari selepas menggigit dua kanak-kanak perempuan masing-masing berumur 11 dan 12 tahun di Kuala Sepetang.

Selain itu, Dr Mah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Menangani Rabies Perak berkata sehingga kini tiada individu yang dilaporkan dijangkiti wabak Rabies di negeri itu.

“Kita mengambil langkah yang cukup proaktif bagi memastikan kawalan jangkitan dan tiada penularan Rabies dalam kalangan manusia dan haiwan,” katanya.

Sementara itu, JPV Perak dalam kenyataannya memaklumkan jika kesemua sampel yang diambil dalam lingkungan satu kilometer radius didapati negatif daripada virus Rabies, pihaknya akan melakukan sistem survelan (pengawasan) sepanjang 10 kilometer.

Menurut kenyataan itu, pewartaan kawasan bebas penyakit Rabies boleh dilaksanakan dengan syarat keputusan ujian sampel adalah negatif namun keputusan itu perlu dilakukan oleh ibu pejabat JPV di Putrajaya.  – BERNAMA

Tags: Datuk Dr Mah Hang SoonKes Rabies
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Kes Rabies Baharu Di Kalangan Manusia Di Sarawak

09/12/2018
0

KUCHING - Terdapat dua kes baharu disyaki rabies di kalangan manusia di Sarawak, satu daripadanya melibatkan kematian seorang lelaki berumur...

Sarawak Rekod Satu Kes Baharu Rabies

28/11/2018
0

KUCHING - Sarawak merekodkan satu lagi kes rabies dalam kalangan manusia apabila seorang lelaki disahkan dijangkiti penyakit itu semalam, menjadikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd