• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ikrar Rasuah Jangan Hanya Lafaz Kosong – SPRM

oleh Ahmad Albab
21/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berharap majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) oleh 13 jabatan dan agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia di Sabah tidak sekadar menjadi lafaz kosong semata-mata.

Sebaliknya, Pengarah SPRM Negeri, Datuk Sazali Salbi berkata apa yang paling penting lafaz ikrar itu dilaksanakan dalam bentuk perbuatan oleh pegawai dan kakitangan kementerian berkenaan.

Tindakan untuk menandatangani IBR ini jelas menunjukkan kesungguhan dan komitmen jabatan dan agensi berkenaan untuk sama-sama  membantu membanteras gelaja rasuah, katanya ketika menyampaikan taklimat semasa majlis IBR itu di Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu di sini, hari ini.

Antara jabatan yang terlibat adalah Jabatan Tenaga Kerja, Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Jabatan Pembangunan Kemahiran, Jabatan Perhubungan Perusahaan, Pembangunan Sumber Manusia, dan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran Berhad Sabah.

Turut hadir menyaksikan IBR itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Seri Adenan Ab. Rahman dan Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Nor Rizan Mohd Thani.

Terdahulu, ketika berucap pada majlis itu, Adenan berkata tindakan kementerian dan warga kerjanya  menandatangani IBR jelas memperlihatkan keikhlasan, komitmen kerja dan keinginan untuk berkhidmat dalam suasana kerja  bebas rasuah.

“Sokongan dan komitmen padu ini secara tidak langsung menjadi pembakar semangat kepada warga kerja jabatan dan agensi berkenaan untuk terus berjuang melaksanakan tugas dan tanggungjawab dalam memerangi jenayah rasuah serta salah guna kuasa secara habis-habisan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Bebas Rasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

247 Anggota Polis, Sertai Ikrar Bebas Rasuah

26/07/2017
0

LABUAN - Seramai 247 anggota polis Labuan termasuk yang berpangkat tinggi menyertai ikrar bebas rasuah (IBR) sebagai usaha membebaskan mereka...

Ikrar Bebas Rasuah Bukan Berpolitik – MB Johor

17/07/2017
0

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan mana-mana organisasi, agensi atau jabatan yang menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR),...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd