• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Vokalis Linkin Park Ditemui Mati Gantung Diri

oleh
21/07/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON DC – Vokalis kumpulan metal terkenal, Linkin Park, Chester Bennington dijumpai mati tergantung di rumahnya semalam, dipercayai akibat membunuh dirinya sendiri.

Pejabat koroner Los Angeles di California berkata, mereka menerima panggilan jam 9 pagi Khamis (waktu tempatan) yang memaklumkan mengenai penemuan mayat Bennington di kediaman mewahnya di Palos Verdes.

Media Amerika Syarikat (AS) melaporkan ketua operasi pejabat tersebut, Brian Elias berkata, kes kematian secara mengejut artis berkenaan disifatkan sebagai kejadian bunuh diri tanpa ada unsur jenayah.

Pemain gitar dan komposer utama Linkin Park, Mike Shinoda dalam status beliau menerusi akaun sosial Twitter dipetik sebagai mengicau: “Terkejut dan sangat sedih, tetapi ia adalah benar”.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, mendiang yang baru berusia 41 tahun pada 20 Mac lalu, secara terbuka mengakui mengenai zaman kanak-kanaknya yang penuh bermasalah di Phoenix, Arizona.

Katanya, beliau didera secara seksual selama bertahun lamanya oleh seorang kenalan keluarga dan bertukar menjadi seorang penagih dadah dan alkohol selepas ibu bapanya bercerai ketika berusia 11 tahun.

Kemarahan Bennington itu disalurkan kepada muzik beraliran heavy metal tetapi apa yang berlaku Linkin Park sebenarnya adalah perintis kepada kebangkitan gelombang muzik nu metal.

Ia dikatakan banyak menggabungkan struktur genre pop dan hip hop, yang turut membabitkan irama rap oleh Shinoda di antara beberapa nyanyian dilantunkan Bennington sendiri.

Mendiang pernah berkahwin dengan Samantha Olit pada 1996 namun bercerai pada 2005 sebelum berkahwin pula dengan Talinda Bentley setahun kemudian sehinggalah ke akhir hayatnya.

Pada 18 Mei lalu, mendiang pernah meluahkan perasaan sedih begitu dalam atas kematian rakan karibnya, vokalis kumpulan terkenal Soundgarden, Chris Cornell, 52, akibat bunuh diri di Detroit.

Kematian Bennington dijangka menjejaskan beberapa program Linkin Park yang sepatutnya memulakan siri jelajah bermula minggu depan melibatkan persembahan di stadium bola lisut Citi Field di New York.

Mereka dilaporkan bakal menghiburkan ramai peminat serta bersama-sama dengan beberapa kumpulan terkenal lain, termasuk Blink-182 dan Wu Tang Clan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Linkin ParkSoundgarden
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Linkin Park Rancang Majlis Memorial Untuk Chester

25/08/2017
0

SEBULAN selepas vokalis kumpulan nu-metal Linkin Park (LP) iaitu Chester Bennington bunuh diri, ahli kumpulannya bercadang untuk mengadakan hari memperingati...

Bait Lirik ‘Heavy’ Ceritakan Tekanan Dialami Chester

25/07/2017
0

BEBERAPA hari lepas dunia bersedih apabila digemparkan dengan berita pemergian vokalis Linkin Park, Chester Bennington. BACA : Vokalis Linkin Park...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd