• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kekalkan Kehebatan Diaspora Bangsa Melayu

oleh Ahmad Albab
21/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kehebatan diaspora bangsa Melayu perlu dikekalkan bagi membolehkan mereka bersaing dengan bangsa lain di pentas antarabangsa, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata bangsa Melayu sudah mampu menjadi Melayu Glokal untuk terus bersaing dan mengekalkan kehebatan tersebut bagi mengelak tragedi perpecahan dan ditindas seperti yang menimpa rakyat Palestin, Syria, Afghanistan, Iraq dan Rohingya di tanah air mereka.

Antara faktor kehebatan diaspora Melayu adalah kecekapan, kerajinan, keberanian, kecekalan, ketabahan, bekerja keras dan berjiwa besar, selain faktor agama Islam, keterbukaan minda dan pengamalan budaya dan bahasa Melayu.

“Sebagai bangsa Melayu, bersyukurlah dengan anugerah Allah ini,” katanya menerusi laman blognya sskeruak.blogspot.my, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai diaspora Melayu, Salleh berkata, kehidupan mereka tidak hanya terkongkong di tanah air sendiri, tetapi bertebaran di seluruh pelusuk dunia seperti di Australia, Britain, Sri Lanka, Afrika Selatan, Surinam, Arab Saudi, China, Madagascar, Kemboja, Mesir, Perancis, Sepanyol, Belanda, dan Amerika Syarikat.

Menurutnya, jumlah mereka dianggarkan seramai 500 juta orang atau kira-kira sembilan peratus daripada jumlah penduduk dunia dan ini menunjukkan Melayu merupakan sebuah bangsa yang hebat.

Beliau juga menghuraikan lima aspek kehebatan mereka iaitu; mempunyai jati diri yang tinggi, kekal berbudaya Melayu, berbahasa Melayu dan beragama Islam serta mampu membangunkan komuniti sendiri biarpun di tempat orang.

Bangsa ini bersatu atas nama berasal dari rumpun yang sama serta kekal dengan adat gotong-royong dan tolong-menolong serta berjaya menjadi tokoh terkenal di negara baharu, katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Salleh Galas Tugas Pengerusi UMNO Sabah

05/06/2018
0

KOTA KINABALU - Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak dilantik menjalankan tugas Pengerusi Perhubungan UMNO...

Pembangkang Sebar Berita Palsu Sebab Tahu Akan Kalah

09/05/2018
0

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak membidas pembangkang yang menyebarkan berita palsu untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd