• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hospital Thailand Tawar Pemeriksaan Hepatitis Percuma

oleh AK-47
20/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Kementerian Kesihatan Awam Thailand menawarkan pemeriksaan Hepatitis secara percuma di hospital kerajaan negara itu sempena Hari Hepatitis Sedunia 28 Julai ini, lapor agensi berita Thailand (TNA).

Timbalan Setiausaha Tetap bagi Kesihatan Awam, Dr Suwanchai Wattanayingcharoenchai berkata kempen pemeriksaan percuma bagi mengesan penyakit Hepatitis akan diadakan mulai 31 Julai hingga 4 Ogos ini di 104 buah hospital di bawah pentadbirannya.

Menurut Dr Suwanchai, jangkitan Hepatitis mungkin tidak menampakkan sebarang gejala, namun jika dibiarkan dalam jangka masa yang lama, ia mungkin menyebabkan penyakit kanser hati yang boleh mengancam nyawa.

Di Thailand, kebanyakan pesakit yang dikesan mengidap Hepatitis B dan C tinggal di timur laut dan utara negara itu. Kira-kira lapan peratus daripada penduduk di dua kawasan itu mengidap Hepatitis B, manakala empat peratus lagi mengidap Hepatitis C.

Berdasarkan statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lebih daripada 325 juta penduduk dunia dijangkiti Hepatitis B dan C dan dianggarkan kira-kira 1.34 juta pesakit Hepatitis meninggal dunia setiap tahun. – BERNAMA

Tags: Dr Suwanchai Wattanayingcharoenchai
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd