• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kejayaan Jun Hoong Beri Peluang Tambah Pingat

oleh Ahmad Albab
20/07/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Prestasi cemerlang yang ditonjolkan penerjun negara Cheong Jun Hoong di Kejohanan Akuatik Dunia FINA menambah peluang buat sukan terjun mengumpul lebih banyak pingat pada Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata kejayaan Jun Hoong bukan sahaja satu kejayaan buat dirinya dan skuad terjun negara sebaliknya memberi motivasi serta semangat kepada kontinjen Malaysia.

“Kejayaan ini amat manis bukan sahaja membuktikan sukan terjun adalah salah satu sukan elit negara, malahan pasukan terjun negara berjaya menempatkan diri sebagai juara dunia yang selama ini didominasi oleh negara terkuat dalam sukan ini iaitu China.

“Kejayaan ini amat tepat sekali dengan aspirasi Transformasi Sukan Negara yang membolehkan wujudnya Program Podium. Ia membuktikan bahawa kita mampu menjadi juara dunia,” kata Ahmad Shapawi ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Jun Hoong yang juga pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio bersama Pandelela Rinong Pamg dalam 10m platform seirama mengumpul 397.50 mata untuk memastikan lagu Negaraku berkumandang di Duna Arena, Budapest, awal pagi tadi (waktu Malaysia).

Beliau menewaskan dua pesaing terkuat dari China iaitu Si Yiajie (bekas juara dunia) dan Ren Qian (pemenang pingat emas Sukan Olimpik Rio de Janeiro) selepas masing-masing mengumpul 396.00 mata dan 391.95 mata untuk pingat perak dan gangsa.

Pingat yang dimenangi itu adalah yang kedua miliknya pada Kejohanan Akuatik Dunia FINA kali ini selepas meraih gangsa dalam acara 10m platform seirama bergandingan dengan Pandelela Rinong.

Sementara itu, Pandelela Rinong yang turut menempatkan diri dalam peringkat akhir menamatkan saingan di kedudukan kesembilan daripada 12 penerjun yang layak.

Dalam perkembangan yang sama, setiausaha kehormat Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) Mae Chan berkata beliau percaya Jun Hoong akan beraksi dengan lebih baik pada Sukan SEA nanti.

“Seluruh negara amat berbangga dengan beliau. Pasukan negara telah menjalani latihan dengan gigih, banyak berkorban dan kita telah menuai apa yang kita menaburkan.

“Tahniah kepada Jun Hoong dan skuad terjun. Mereka membanggakan kita. Lagu kebangsaan Negaraku yang berkumandang pada kejohanan dunia adalah sangat menakjubkan, aia menitiskan air mata untuk kita tanda kejayaan,” kata beliau ketika dihubungi di Budapest. – BERNAMA

Tags: Cheong Jun Hoong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cheong Jun Hoong Sah Tarik Diri

03/08/2018
0

KUALA LUMPUR - Ratu terjun negara yang juga juara dunia, Cheong Jun Hoong sah menarik diri daripada temasya Sukan Asia...

Azizulhasni, Jun Hoong Ungguli Anugerah Sukan

14/03/2018
0

JAGUH berbasikal negara, Mohd. Azizulhasni Awang dan ratu terjun, Cheong Jun Hoong dinobatkan selaku Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan di majlis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd