• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPAN Belum Putus Naik Surcaj Pemuliharaan Air

oleh AK-47
21/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah menerima permohonan daripada kerajaan Pulau Pinang untuk menaikkan surcaj pemuliharaan air (SPA) bagi penggunaan domestik di negeri itu, namun masih belum membuat sebarang keputusan mengenainya.

Pengerusi SPAN, Datuk Liang Teck Meng berkata keputusan itu masih belum dimuktamadkan memandangkan SPAN berpendapat jika kerajaan negeri berhasrat untuk menaikkan SPA, ia lebih sesuai dilakukan serentak dengan menaikkan kadar tarif, agar selari.

Sehubungan itu, katanya, jika kerajaan negeri juga bercadang untuk menaikkan tarif air, mereka diminta untuk membentangkannya bersama dengan cadangan menaikkan SPA.

“Kerajaan negeri perlu jelaskan rasional kenaikan tarif itu dan SPAN akan mengadakan pendengaran awam untuk mendapat maklum balas daripada orang ramai,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Loji Rawatan Kumbahan (LRK) Batu Ferringhi dekat sini, hari ini.

Beliau berkata selepas semua proses berkenaan selesai, barulah ia akan dibawa ke kabinet untuk tindakan selanjutnya.

Turut hadir pada lawatan kerja itu, Ketua Pegawai Eksekutif SPAN, Datuk Mohd Ridhuan Ismail; Pengerusi Indah Water Konsortium (IWK), Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Mohamed Haniffa Abdul Hamid.

Mengenai lawatan kerja hari ini, Liang berkata SPAN dan IWK amat prihatin dalam usaha meningkatkan kecekapan dalam pengurusan sisa kumbahan demi menjamin pembangunan yang mampan dan kelestarian alam sekitar.

Beliau berkata projek menaik taraf LRK Batu Ferringhi misalnya, berjaya menampung aliran kumbahan yang semakin meningkat ekoran pembangunan pesat di samping dapat memastikan tiada pelepasan sisa kumbahan secara terus ke sungai dan laut di sekitar kawasan berkenaan. – BERNAMA

Tags: Datuk Liang Teck MengSPAN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPAN Pinda Akta 655, Cadang Larang Air Diguna Tujuan Tidak Penting

SPAN Pinda Akta 655, Cadang Larang Air Diguna Tujuan Tidak Penting

26/09/2023
0

PUTRAJAYA: Penggunaan air untuk tujuan tidak penting seperti menyiram rumput dan taman mungkin akan dikenakan sekatan selepas ini, terutama ketika...

SPAN, JAS Siasat Insiden Pencemaran Bahan Kimia Di Sungai Semantan

SPAN, JAS Siasat Insiden Pencemaran Bahan Kimia Di Sungai Semantan

11/08/2022
0

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Air Selangor memulakan siasatan berhubung insiden pencemaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd