• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KAFA Lantik Afandi Pengurus Baharu Kelantan

oleh AK-47
20/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) hari ini melakukan rombakan terhadap pengurusan The Red Warriors dengan melantik Pemangku Presiden Datuk Seri Afandi Hamzah sebagai pengurus pasukan.

Setiausaha Agung KAFA Datuk Ismail Md Noor berkata Alfredo Gonzales yang memegang jawatan itu sebelum ini kembali memegang jawatan pengarah teknikal.

Beliau berkata Datuk Nasir Hamzah dan Zahasmi Ismail masing-masing kekal sebagai penolong pengurus dan ketua jurulatih.

“Susulan pertukaran Gonzales sebagai pengarah teknikal, Zahasmi kini diberikan diberikan kuasa penuh untuk menjalankan latihan dan menyusun strategi pasukan.

“Rombakan dilakukan selepas The Red Warriors mengalami kemerosotan prestasi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kelantan kini berada pada kedudukan kelapan Liga Super selepas mengharungi 16 perlawanan dengan merekodkan enam kemenangan, dua seri dan lapan kekalahan.

Bagi aksi Piala Malaysia, ia berada di kedudukan ketiga Kumpulan C di belakang Kedah dan Melaka United daripada tiga perlawanan dengan dua kemenangan dan satu kekalahan.  – BERNAMA

Tags: Datuk Ismail Md NoorKAFA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Susun Semula Keperluan Guru KAFA Selangor

Susun Semula Keperluan Guru KAFA Selangor

25/08/2023
0

SHAH ALAM – Pertukaran guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) di Sekolah Rendah Agama (SRA) di Sabak Bernam dan...

Kerajaan Cadang Wujud KAFA Peringkat Sekolah Menengah

07/02/2022
0

KOTA BHARU - Kerajaan menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bercadang mewujudkan pengajian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd