• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KOM Bidas Laporan Tak Tepat Rekod Baharu 200M

oleh Ahmad Albab
20/07/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) membidas laporan sebuah akhbar tempatan yang mempertikaikan kesahihan rekod baharu kebangsaan 200m yang dicipta raja pecut negara, Khairul Hafiz Jantan pada Kejohanan Terbuka Malaysia ke-94 di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, semalam.

Presidennya Datuk Karim Ibrahim berkata dakwaan akhbar berkenaan memperlekehkan venue berkenaan yang sudah mendapat pengiktirafan daripada Persatuan Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) jelas mengecewakan KOM.

Justeru,, beliau menegaskan dakwaan akhbar berkenaan seolah-olah menidakkan kemampuan Khairul Hafiz yang telah meleburkan rekod berusia 49 tahun iaitu 20.92 saat yang dicipta Tan Sri Dr M. Jegathesan pada Sukan Olimpik 1968 di Moscow.

“Saya sudah dua kali arahkan Jawatankuasa Teknikal KOM menjalankan pemeriksaan terhadap venue tersebut sebelum ini dan semuanya mematuhi garis panduan yang ditetapkan IAAF,” katanya ketika ditemui Bernama pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Kementerian Belia dan Sukan di sini, malam ini.

Mengulas lanjut, Karim menegaskan catatan Khairul Hafiz  itu adalah sah kerana semua peralatan teknikal yang dipasang di stadium berkenaan telah mendapat pengiktirafan daripada IAAF.

“Saya boleh memberi jaminan bahawa catatan 20.90s yang dilakukan Khairul Hafiz dalam acara 200m adalah rekod baharu kebangsaan yang sah dan tidak perlu diragui lagi dan saya mempunyai segala dokumentasi untuk membuktikan perkara berkenaan,” jelas Karim.

Menerusi laporan akhbar tersebut, Karim dilaporkan sebagai berkata bahawa catatan 20.90s yang dicipta Khairul Hafiz perlu mendapat pengesahan badan induk olahraga itu kerana Stadium Nasional Bukit Jalil dikatakan masih belum mendapat pengiktirafan daripada IAAF. – BERNAMA

Tags: Khairul Hafiz Jantan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Khairul Hafiz Hanya Catat 10.70s

09/07/2019
0

KUALA LUMPUR - Aksi pertama Khairul Hafiz Jantan pada musim ini tidak seperti yang dijangkakan apabila raja pecut negara itu...

Khairul Hafiz Intai Perbaharui Rekod Kebangsaan

08/12/2018
0

PUTRAJAYA – Raja Pecut Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan menyasarkan untuk memperbaharui rekod kebangsaan miliknya sendiri dalam acara 100m dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd