• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bos Mustika Ratu Tak Bagi Malaysia Guna Perkataan Jamu

oleh AK-47
22/12/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah lama tak berbalah soal objek, pakaian, makanan, bahasa dan lain-lain yang didakwa ‘dicuri’ dari mereka, kini ada kisah lebih kurang serupa kembali dibangkitkan rakyat Indonesia.

Kolum ekonomi liputan6.com pada Jumaat, memaparkan rungutan Wakil Ketua Umum Kadin Indonesia Bidang Industri Berbasi Budaya, Putri Kuswisnu Wardani, kononnya Malaysia telah mencuri perkataan jamu dari negara itu.

Putri Kuswisnu Wardani
Putri Kuswisnu Wardani

Dakwa Putri, Malaysia sebenarnya memiliki ramuan ubat sendiri yang diberi nama ‘ubat kampung’ sebelum ini tetapi sekarang ditukar kepada panggilan jamu, seperti di negara tersebut.

“Mereka sebenarnya punya obat tradisional sendiri, namanya obat kampung. Sama seperti ramuan herbal yang punya China, yaitu Chinese Medicine. Sebenarnya itu tidak menjadi masalah, mereka punya khasnya sendiri, ya tidak apa-apa,” ujar Putri di pejabat Kementerian Perdagangan, Jakarta Pusat kepada pihak media.

Namun dakwa Putri, perkataan jamu itu yang tak seharusnya digunakan Malaysia kerana perkataan itu sendiri berasal dari bahasa Jawa iaitu Jampi Usodo yang bermaksud ramuan kesihatan, jadi adalah tidak kena jika dikatakan ada pula jamu Malaysia.

Justeru bagi melindungi perkataan JAMU, bos Mustika Ratu ini memberitahu, dia sudah mengadu kepada menteri berkenaan di negara tersebut untuk mendaftarkan jamu sebagai salah satu warisan dunia ke UNESCO seperti mana batik.

Batik dan angklung, adalah dua objek budaya yang sebelum ini mencetuskan isu dalam kalangan sesetengah pihak di Indonesia yang berasakan ia berasal dari sana tetapi ‘dicuri’ dan dipakai sewenangnya oleh masyarakat Malaysia. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=qqm04D-VnDM

Oleh: REM RAMZI

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kalau Tak Faham Lagi, Tak Tahu Nak Cakap Apa – Ridhuan Tee, Firdaus Wong

Kalau Tak Faham Lagi, Tak Tahu Nak Cakap Apa – Ridhuan Tee, Firdaus Wong

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penganalisis politik, Dr. Ridhuan Tee Abdullah menyifatkan titah Duli Selangor melibatkan pemimpin DAP sebagai sangat jelas dan...

PN Selangor Desak ADUN DAP Mohon Maaf Kepada Sultan Selangor

PN Selangor Desak ADUN DAP Mohon Maaf Kepada Sultan Selangor

19/05/2026
0

SHAH ALAM – Perikatan Nasional (PN) Selangor menggesa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki segera memohon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd