• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perak Tubuh Jawatankuasa Khas Tangani Rabies

oleh AK-47
19/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGKAI – Kerajaan negeri Perak menubuhkan satu pasukan Jawatankuasa Khas Menangani Rabies Perak untuk membincangkan langkah-langkah yang perlu dilakukan agar penyakit itu tidak merebak ke kawasan lain.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata jawatankuasa itu dipengerusikan Exco Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu Datuk Dr Mah Hang Soon selain mempunyai lima anggota termasuk Anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Sepetang Chua Yee Ling daripada DAP.

“Walaupun berbeza parti, tetapi dalam soal rakyat, beliau (Chua) menjalankan tanggungjawab berinteraksi dan mendapatkan maklum balas (dengan komuniti) serta membantu memastikan wabak rabies di kawasan berkenaan dapat diatasi,” katanya.

Zambry bercakap kepada pemberita selepas program perjumpaan dengan masyarakat India di Sungkai sempena Program Permukiman Menteri Besar Perak di daerah Muallim yang bermula hari ini sehingga Sabtu.

Menurut Zambry, jawatankuasa khas itu akan mengadakan mesyuarat pertamanya esok.

Dalam pada itu, Zambry  menasihatkan orang ramai agar tidak panik dengan situasi jangkitan virus rabies di Perak dan pewartaan mukim Matang dalam daerah Larut, Matang dan Selama sebagai kawasan penyakit anjing gila merupakan langkah proktif kerajaan negeri untuk melakukan pengawalan tanpa sebarang sekatan.

Berkuat kuasa semalam, mukim Matang diwartakan sebagai kawasan penyakit anjing gila mengikut Perintah Kawasan Jangkitan Penyakit Anjing Gila dengan kuasa yang diberikan oleh Subseksyen 39(1) Akta Binatang 1953 (Akta 647).

Ia berikutan seekor anjing mati pada 12 Julai lalu, sembilan hari selepas menggigit dua kanak-kanak perempuan masing-masing berumur 11 dan 12 tahun di Kuala Sepetang.

Mengenai program permukiman yang berlangsung selama lima hari, Zambry berkata sebanyak 130 program telah diatur bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi penduduk setempat selain mendapatkan maklum balas mengenai pembangunan di sekitar Muallim.

Zambry berkata kerajaan negeri tidak memandang ringan tuduhan pembangkang terhadap pelaksanaan program permukiman yang dianggap sebagai bermusim.

“Permukiman ini telah masuk siri ketiga, kita akan teruskan dengan kerja kita, saya percaya rakyat tidak mudah diperdaya, mereka boleh lihat dan nilai sendiri,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry

“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mendapatkan maklumat daripada Universiti Malaya (UM) berhubung isu adegan ranjang dalam sebuah...

Rumah Terbuka Tok Mat Di Rantau Meriah, Zambry Puji Sambutan Luar Biasa

Rumah Terbuka Tok Mat Di Rantau Meriah, Zambry Puji Sambutan Luar Biasa

29/03/2026
0

RANTAU – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir memuji kemeriahan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Menteri Luar, Mohamad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd