• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar UTHM Cuma Makan Nasi, Kuah Kosong Aje?

oleh
18/07/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SISWA dan masalah kewangan memang tidak akan dapat dipisahkan. Bukan semua orang bernasib baik, celik saja mata… Semua sudah ada depan mata.

Itulah apa berlaku ke atas beberapa orang pelajar Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) di Batu Pahat, Johor sehingga ditularkan oleh pembangkang konon penuntut pusat pengajian tinggi terpaksa ‘ikat perut’.

Umum mesti sudah mengetahui bahawa UTHM bukanlah kolej awam yang menawarkan yuran pengajian berharga ratusan ringgit. Tetapi satu semester sahaja sudah memakan belanja ribuan ringgit.

Baru-baru ini Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Johor, Suhaizan Kayat telah memuat naik video ketika beliau sedang meninjau keadaan pelajar UTHM ini di sebuah gerai makan.

Antara ditemuinya ialah pemilik gerai terbabit, Baharudin Omar, 55, berkongsi dengannya bagaimana cara sesetengah pelajar UTHM ini berbelanja kecil di gerainya.

“Allahuakbar, kalau lihat kebanyakan mereka ini asalnya keluarga yang tidak berkemampuan. Ada juga student makan nasi bersama kuah dan air kosong yang berharga RM1. Kalau nasi dan sayur RM1.50. Ada juga yang makan nasi sahaja,” kata Baharudin.

Namun perkara itu dibidas seorang netizen yang secara kebetulan merupakan pelajar UTHM turut meragui konon ada penuntut universiti tersebut berbelanja kecil sedemikian kecuali ada sebab tertentu yang tidak didedahkan.

“Bagi pelajar PTPTN kalau diikutkan cukup sebenarnya pembelanjaan kami untuk makan, bil2, rumah sewa dan sebagainya. Sebab saya pun pelajar UTHM. Alhamdulillah semua keperluan dan kehendak sangat mencukupi dengan syarat, pembelanjaan kenalah betul dan peka terhadap situasi dan ekonomi masa kini.. yang penting, pandai menguruskan wang dengan sebaiknya..

“Bapa saya pun pernah berpesan, kalau duit habis ke makanan tak apa.. jangan berhabiskan dekat benda yang tak berfaedah itu bala… Sekian, terima kasih,” komen Iskandar Zulkarnaen menerusi portal malaysiareview.

Kasihan pelajar ini apabila dikenangkan keperitan untuk terus hidup dengan belanja tidak seberapa tetapi ada juga mempertikaikan kemampuan mereka mampu tukar telefon mahal tanpa masalah tetapi berjimat untuk makan!

Tidak kisahlah anda pelajar universiti mahupun kolej apa sekalipun, sentiasalah beringat bahawa setiap orang berasal daripada latar belakang yang berbeza. Apa yang penting jangan boros habiskan duit keluarga.

Bersyukurlah anda jika anda daripada keluarga yang senang manakala bagi pelajar yang kurang mampu, berjimat adalah pilihan terbaik selagi tidak dihabiskan untuk membeli barangan mewah lain. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Ainaa Hafizah

https://www.facebook.com/suhaizankayat2013/videos/1348399631947696/

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Aktiviti Membabitkan Sumber Alam Perlu Dilaksana Secara Terkawal, Mematuhi Syarat – PMX Anwar

Aktiviti Membabitkan Sumber Alam Perlu Dilaksana Secara Terkawal, Mematuhi Syarat – PMX Anwar

08/05/2026
0

CEBU - Kerajaan Persekutuan tidak menolak keperluan negeri mencari hasil tambahan, tetapi ia perlu mengambil kira kepentingan alam sekitar, keselamatan...

Penternakan Babi Perlu Kawalan Ketat, Teknologi Moden, Jauh Daripada Penduduk – PMX Anwar

Penternakan Babi Perlu Kawalan Ketat, Teknologi Moden, Jauh Daripada Penduduk – PMX Anwar

08/05/2026
0

CEBU - Aktiviti penternakan babi tidak boleh dijalankan secara sewenang-wenangnya tanpa kawalan ketat terutama berhampiran kawasan penempatan penduduk. Memetik laporan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd