• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk Kampung Lukut, Johor Dihantui Gajah Liar

oleh AK-47
18/07/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA TINGGI – Penduduk Kampung Lukut di sini hidup dalam kebimbangan sejak terdapat seekor gajah liar berkeliaran di kampung mereka.

Seorang penduduk, Azman Husin, 38, berkata rumahnya didekati gajah itu pada malam Ahad lalu namun tiada harta bendanya yang dirosakkan.

Beliau berkata kelibat haiwan itu juga sempat dirakam oleh jirannya menggunakan telefon bimbit.

“Sejak 4 Julai lepas, sudah enam kali haiwan itu menghampiri kawasan kampung yang terletak di kaki banjaran Gunung Panti dan kedatangannya antara pukul 9 malam hingga 12 tengah malam.

“Penduduk sudah pun memanjangkan kejadian kepada pihak berkuasa bagi tindakan sepatutnya,” katanya beliau ketika dihubungi, di sini.

Menurut rakannya Roslan Dahalan, 52, pula dia berharap pihak berkenaan memandang serius perkara terbabit walaupun tidak melibatkan kerugian.

“Kami bimbang tragedi gajah yang menyebabkan kematian di Ladang Tunjuk Laut tempoh hari berulang di sini. Bantulah kami dan pindahkanlah ia ke habitat asal mereka,” katanya.

Sementara itu, pemangku Ketua Kampung Lukut, Amran Saari, 53, berkata selain kawasan kampung itu, haiwan berkenaan turut memasuki kawasan stesen penyelidikan milik Lembaga Getah Malaysia (LGM) yang terletak berhampiran.

Katanya mengikut maklumat dan tinjauan yang dilakukan, beberapa pokok getah muda telah dimusnahkan dipercayai angkara gajah terbabit, malah terdapat juga tapak kaki gajah ditemukan.

Dalam insiden 27 Jun lalu, seorang lelaki warga Indonesia berusia 33 tahun ditemukan mati di Ladang Tunjuk Laut, Tanjung Sedili di sini dipercayai akibat dipijak gajah liar.

Kejadian turut mencederakan seorang rakan mangsa.

Dalam pada itu, Pengarah Perhilitan Negeri, Jamalun Nasir Ibrahim mengesahkan menerima laporan daripada penduduk Kampung Lukut berkenaan seekor gajah dewasa yang berkeliaran di kawasan berkenaan.

“Saya yakin gajah berkenaan terpisah dari kumpulannya yang dipercayai menghuni kawasan Hutan Panti yang terletak kira-kira tiga kilometer dari kawasan kampung,” kata beliau kepada Bernama ketika ditemui di Johor Bahru hari ini.

Menurutnya, buat masa ini tiada kerosakan serius dilaporkan, bagaimanapun pihaknya terus memantau keadaan gajah berkenaan. – BERNAMA

Tags: Gajah Liar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gajah Liar Musnah Tanaman Ditangkap

Gajah Liar Musnah Tanaman Ditangkap

21/03/2023
0

GERIK – Seekor gajah liar yang menimbulkan kebimbangan penduduk dan merosakkan tanaman di Kampung Durian Burung, Bongor di sini akhirnya...

Gajah Liar ‘Ceroboh’ Kampung Musnahkan Tanaman Penduduk

Gajah Liar ‘Ceroboh’ Kampung Musnahkan Tanaman Penduduk

03/02/2023
0

GUA MUSANG: Lebih 100 penduduk di Kampung Lebur Jaya, Kuala Betis di sini hidup dalam ketakutan selepas seekor gajah liar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd