• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PUNB Lulus Pinjaman RM79.4 Juta Enam Bulan Pertama

oleh AK-47
18/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) meluluskan pinjaman berjumlah RM79.4 juta kepada 255 usahawan melalui lima skim pembiayaannya dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Pengerusi PUNB Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata dalam tempoh itu juga, sebanyak 184 buah syarikat berjaya dibangunkan melalui skim tersebut iaitu Skim Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) membabitkan empat syarikat, Prosper Pemborong (enam), Prosper Runcit (83), Prosper Teras (45) dan Prosper Usahawan Muda (46).

“Melalui skim Prosper Runcit, kita meluluskan RM31.1 juta kepada 127 usahawan, Skim PKS (RM19.2 juta;14 usahawan), Prosper Teras (RM13.2 juta; 56 usahawan), Prosper Pemborong (RM12.8 juta;10 usahawan) dan Prosper Usahawan Muda (RM3.1 juta; 48 usahawan).

“Tahun ini, kita beri peruntukan pembiayaan sebanyak RM200 juta kepada usahawan yang ingin menjalankan perniagaan dan kita berharap baki sebanyak RM120.6 juta dapat disampaikan kepada permohonan baharu sebelum akhir tahun ini,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan kedai tayar Azzrie Tyre Services dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri PUNB bersama usahawan negeri Melaka di Ayer Keroh di sini. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif PUNB Datuk Azhar Ahmad dan Pengerusi Kumpulan Usahawan PUNB Melaka Datuk Dr Baba Md Deni.

Mohd Ali berkata sejak penubuhan PUNB pada 1971 hingga Jun lepas, PUNB telah menyalurkan pembiayaan sebanyak RM2.7 bilion kepada lebih 9,000 usahawan dan daripada jumlah itu, sebanyak RM71 juta disalurkan kepada 391 usahawan di Melaka.

“Saya harap lebih ramai usahawan dalam kalangan Bumiputera dapat dilahirkan. Inilah usaha utama PUNB untuk melahirkan usahawan yang berdaya saing, bukan sahaja dalam negeri malah di luar negara,” katanya.

Beliau berkata PUNB giat menggalakkan usahawan muda menjalankan perniagaan dalam bidang automotif berikutan bidang itu mempunyai potensi yang tinggi untuk berjaya.

“Sebelum ini, kita mendedahkan hanya 10 peratus daripada 35,000 usahawan automotif di seluruh negara terdiri daripada golongan Bumiputera.

“Justeru, PUNB akan berusaha untuk meningkatkan jumlah usahawan Bumiputera dalam bidang ini kerana ia menjanjikan pulangan yang cukup lumayan,” katanya.

Katanya sejak 1971 hingga Jun lepas, PUNB menyalurkan RM249.8 juta kepada 1,191 usahawan dalam sektor automotif dengan 983 buah syarikat berjaya dibangunkan. – BERNAMA

Tags: PUNBTan Sri Mohd Ali Rustam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PUNB Serah Zakat Perniagaan RM100,000 Kepada MAIPS

21/09/2018
0

KANGAR - Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) hari ini menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM100,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat...

Mohd. Ali Sindir Calon PKR Gagal Bela Nasib Rakyat

29/04/2018
0

MELAKA – “Seorang isteri tidak dijaga, ini nak kahwin dua,” merupakan sindiran Tan Sri Mohd Ali Rustam mengulas tindakan Naib...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd