• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Elaun Kos Sara Hidup Pelatih Belum Muktamad

oleh AK-47
18/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Kementerian Pendidikan masih dalam peringkat perbincangan dengan pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk menyenaraikan elaun sara hidup guru pelatih sebagai pinjaman bagi pengambilan tahun depan.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata sebarang keputusan mengenainya akan diumumkan kelak.

Beliau berkata setakat ini penuntut Institut Pendidikan Guru (IPG) akan terus menerima elaun sara hidup RM430 sebulan tahun ini.

“Kerajaan kini masih menanggung yuran pengajian berjumlah lebih RM20,000 untuk setiap seorang pelajar IPG dan keputusan mengenai pemotongan elaun sara hidup masih dalam peringkat perbincangan.

“Sekiranya terdapat sebarang keputusan dicapai hasil daripada perbincangan ini, saya akan umumkan dalam tempoh satu hingga dua bulan nanti,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mahadzir menjelaskan perbincangan bersama pihak PTPTN masih di tahap awal dan sebarang keputusan hanya akan melibatkan pengambilan baharu untuk sesi pengajian bagi tahun 2018.

Terdahulu ketika merasmikan Konvensyen Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM) sempena Konvensyen Pendidikan Kebangsaan ke-23 dan Persidangan Perwakilan GMGBM ke-35 di sini, beliau mengingatkan guru besar untuk memainkan peranan yang proaktif dalam menjayakan dasar Transformasi Pendidikan Negara.

Beliau berkata transformasi sistem pendidikan negara menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 turut menekankan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) bagi menjana pemikiran murid daripada peringkat akar umbi.

“Saya begitu yakin dengan kredibiliti para guru besar untuk menjadi penyalur maklumat yang baik dan pencetus transformasi pendidikan negara seperti yang diharapkan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mahdzir Khalid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Projek Solar: Mahdzir Selesai Keterangan Di SPRM

30/11/2018
0

PUTRAJAYA – Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, selesai memberi keterangan selama tiga jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan...

Agenda PH Lebih Cenderung Perjuangan DAP

30/06/2018
0

KERAJAAN Pakatan Harapan (PH) dijangka tidak dapat mengelak daripada perjuangan parti komponennya, DAP

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd