• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Janna Nick: Tak Mungkin Jatuh Hati Dengan Fattah

oleh AK-47
18/07/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TERANG lagi bersuluh, sememangnya Fattah Amin sering terjebak dengan cinta lokasi; bermula Sherry Ibrahim, Neelofa dan kini Fazura, apakah selepas ini hati Fattah beralih kepada Janna Nick pula?

Bakal digandingkan bersama menerusi drama bersiri terbaharu adaptasi siri popular Korea Selatan berjudul Coffee Prince, Janna berkata ianya ‘mustahil’ untuk dia menjalinkan hubungan dengan aktor kacak itu.

“Bila timbul isu Fattah akan jadi hero drama tersebut, tidak dinafikan saya turut dikaitkan dengan dia sehingga ramai yang bimbang terjebak dengan cinta lokasi.

“Ia selepas wujudnya fenomena Lofattah dan Fattzura. Saya jamin cinta lokasi itu tidak akan terjadi. Bukan hendak cakap besar, kalau benar ia hendak terjadi.

“Sudah lama saya terjebak dengan cinta lokasi. Lebih baik elak, tidak kisah siapa hero yang akan bersama saya dalam drama itu, saya tidak ada masalah untuk jalan komitmen dalam lakonan,” katanya memetik sebuah akhbar mingguan.

Nampak tu? Bersungguh-sungguh Janna membidas ramalan para peminat. Risau pula akibat terlalu lantang, Janna ‘ter’jatuh cinta pula dengan Fattah nanti!

Dalam pada itu, meskipun drama tersebut belum memulakan penggambaran lagi, namun ianya sudah mencetuskan perdebatan luar biasa.

Ada yang berpendapat, drama terbaru Micheal Ang itu tidak sesuai jika watak utamanya yang dilakonkan aktor Gong Yoo, diberikan kepada Fattah, dan tidak kurang juga yang memberikan respon positif.

Lebih melucukan, ada dalam kalangan netizen yang mengatakan mereka sudah muak menonton lakonan ‘kayu’ Fattah di kaca televisyen.

Kita tunggu sajalah, mana tahu adaptasinya menjadi dan bakal mencetuskan fenomena sehebat Suri Hati Mr. Pilot! – MYNEWSHUB.CC

Tags: Fattah AminJanna Nick
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Fattah, Fazura Bercerai Talak Satu

Fattah, Fazura Bercerai Talak Satu

07/10/2024
0

SHAH ALAM: Selepas tujuh tahun, pasangan pelakon terkenal, Fattah Amin dan Nur Fazura sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah...

Fazura Failkan Perceraian Terhadap Fattah Amin

Fazura Failkan Perceraian Terhadap Fattah Amin

13/09/2024
0

Kuala Lumpur: Aktres terkenal, Nur Fazura Sharifuddin memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd