KEMUNCULAN pemain bola sepak Thailand bernama Charly Chappius di perlawanan pusingan akhir pertama Piala Suzuki AFF 2014 tempoh hari sememangnya mencuri tumpuan khususnya gadis-gadis di Malaysia.
Berjaya menjaring gol pertama bagi pihak lawan, pemain nombor 7 ini segera menangkap perhatian kerana memiliki raut wajah yang handsome gilaaa!!
Ditambah pula, dakwaan kononnya inilah pemain kacak Thailand yang dikatakan persis Ronaldo itu maka lagi naiklah saham Charly di kalangan para gadis.
Tak hairanlah, secara tiba-tiba jejaka ini hangat diperkatakan.
Biodata dan kisah jejaka kacak ini juga habis dibongkar hingga kekasih hati Charly, turut jadi mangsa kutukan gara-gara ramai yang cemburu terhadap wanita yang mampu memiliki hati jejaka idaman mereka ini.
Kutukan gadis-gadis Malaysia ini semestinya dibaca oleh peminat Charly sendiri hinggakan, salah seorang lelaki yang dikenali sebagai Hogan Markus menegur sikap keterlaluan mereka.
Anda bacalah sendiri komennya ni..
Kata Markus, dia terkejut melihat page milik pemain Thailand itu dipenuhi komen daripada gadis Malaysia yang selama ini didengarnya ramai beragama Islam dan memakai tudung sebagai lambang maruah diri dan memiliki perasaan malu yang tebal.
Namun melihat komen yang dilontarkan, Markus berpendapat kebanyakan mereka tidak mempunyai perasaan malu langsung!
Peh, memang makan dalam dibuatnya..
See? Tak pasal-pasal seorang lelaki non muslim tersilap memandang serong kepada wanita berhijab disebabkan sikap sesetengah orang yang tak pandai menjaga..ha, isikanlah sendiri tempat kosong tu.
Inilah yang dikatakan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Sama-sama kita renungkan teguran yang diberi ini dan berubah ke arah kebaikan.
– MYNEWSHUB.CC
VIDEO CHARLY CHAPPIUS




