• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mia Ahmad Amuk Dituduh Tak Percaya Suami Sendiri!

oleh AK-47
18/07/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

‘BENGANG’ dikatakan sering spot check suaminya di padang semasa sesi latihan bola sepak, pelakon Mia Ahmad memuat naik satu status membidas kembali dakwaan tersebut.

Pelakon itu menafikan dakwaan sebuah blog yang seakan-akan mengatakan dia tidak percayakan kejujuran suaminya dan selalu ‘menempel’ di latihan pasukan bola sepak suaminya yang merupakan penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Izham Tarmizi Roslan.

Dakwa blog itu lagi, Mia kononnya melakukan tindakan tersebut atas sebab-sebab tertentu.

Mia yang geram dengan tuduhan tersebut tampil memberi penjelasan menerusi akaun Twitternya semalam.

“I have something better to do, Kalau nak spot check saya tak ambik job dan tinggalkan suami saya sendiri di JB ni,” tulis Mia atau nama sebenarnya, Samihah Ahmad Baderi.

Menerut Mia, apa yang ditulis oleh blog Terengganu Times itu sama sekali tidak benar dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Oleh itu, dia hairan dari mana berita tersebut tersebar sehingga dirinya dituduh sebegitu.

Selain itu, Mia turut meluahkan rasa geramnya di Instagram dengan memberi nasihat kepada empunya artikel yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita yang tiada kesahihan.

Mia juga sempat meyindir penulis blog berkenaan dengan mengatakan. “Penulisan yang bukan datang daripada mulut saya sendiri adalah FITNAH. Jaga-jaga wahai yang menulis. #SpreadLoveNotWarPlease.”

Dalam pada itu, Mia juga turut berkongsi kapsyen terbaru di Instagramnya dan mengingatkan kepada orang ramai supaya jangan berkongsi berita yang tidak benar.

Begitulah adat resam menjadi artis; ramai yang tidak senang duduk apabila pasangan popular bahagia bersama. Nak buat macam mana kan, Mia? Semuanya sebahagian harga yang perlu dibayar dalam mengecapi kemasyhuran! – MYNEWSHUB.CC

Tags: Mia Ahmad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mia Ahmad Selamat Bersalin Anak Lelaki

28/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Pelakon Mia Ahmad selamat melahirkan bayi sulung lelaki pada pukul 11.15 pagi tadi di sebuah pusat perubatan...

Mia Ahmad, Suami Sambut Syawal Sederhana

13/06/2018
0

KETIKA sebilangan orang memilih untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan meriah, berbeza pula bagi pelakon Mia Ahmad dan suami yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd