BEKAS pelari marathon, Li Yimo terpaksa memingkirkan diri selepas tumor besar tumbuh di belakangnya. Siapa sangka, dua tahun lalu Li adalah pelari contoh yang sihat dan sering menderma darah.
Namun kini dia hidup menyendiri di Yulin, China. Li sendiri tidak tahu punca tumor itu tumbuh dengan begitu pantas.

“Saya sentiasa sihat sebelum ini dan merupakan pelari marathon. Saya juga mendapat sijil kerana sering menderma darah,” katanya.
Selepas menghidap penyakit berkenaan, isterinya bersama anak tunggal mereka, telah meninggalkannya sejak 10 tahun lalu.
Hanya baru-baru ini isterinya kembali semula padanya bagi membolehkan dia menjaga Li disebabkan lelaki itu sakit.
“Tumor ini membesar setiap hari,” kata Li yang memberitahu dia sukar untuk mengumpul wang bagi membiayai perubatannya. – MYNEWSHUB.CC