• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKBM Terima Permohonan Indonesia Berlatih

oleh AK-47
18/07/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Skuad berbasikal trek Indonesia sedang berusaha untuk mendapatkan kebenaran Malaysia untuk mengadakan latihan penyesuaian menjelang Sukan SEA ke-29 di Velodrom Nasional Malaysia yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan.

Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Abd Wahab dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya telah menerima surat permohonan rasmi daripada Indonesia untuk berlatih di velodrom berkenaan kira-kira dua minggu lepas.

“Saya telah pun panjangkan surat tersebut kepada Ketua Pengarah MSN (Majlis Sukan Negara). Oleh kerana itu, saya serahkan kepada Ketua Pengarah MSN sama ada mahu meluluskan atau tidak,” katanya.

Abu Samah, yang juga Presiden Persatuan Berbasikal ASEAN (ACA) menegaskan PKBM menyokong permohonan Indonesia kerana berpendapat skuad berbasikal negara juga mahu untuk menguji velodrom di republik itu menjelang Sukan Asia 2018.

“Secara dasarnya kita perlukan sokongan Indonesia untuk membenarkan pasukan trek Malaysia berlatih menjelang Sukan Asia 2018 nanti. Saya percaya Indonesia akan bersikap dingin sekiranya kita tidak membantu mereka kali ini,” katanya.

Dalam pada itu, Abu Samah melihat kesungguhan skuad berbasikal trek Indonesia untuk mengulangi kejayaan mereka menyekat dominasi Malaysia dalam acara trek pada edisi 2001.

“Pada temasya Sukan SEA 2001, pasukan trek kebangsaan Malaysia dilihat akan mendominasi sepenuhnya kutipan pingat emas. Kita ada ramai pelumba yang handal pada ketika itu termasuk Lee Roberts dan Mohd Hardi Razali.

“Bagaimanapun, pasukan trek Indonesia telah lakukan kejutan dengan menumbangkan beberapa nama besar dalam acara tertentu. Saya harap perkara ini tidak akan berulang di Sukan SEA 2017 nanti,” katanya.

Menurut Abu Samah kekuatan sebenar pasukan trek Indonesia ketika ini tidak dapat diukur kerana mereka jarang menyertai kejohanan besar khususnya Kejohanan Berbasikal Asia (ACC).

Namun, beliau percaya kehadiran nama besar seperti Mohd Azizulhasni Awang dan Fatehah Mustafa mampu untuk menyemarakkan semangat pelumba negara untuk menuai sekurang-kurangnya 10 pingat emas menerusi acara trek. – BERNAMA

Tags: Datuk Abu Samah Abd WahabPKBM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

OKU Antara Yang Terima Kad MyRapid Touch ‘n Go

Next Post

‘Kampung Nemo’ Produk Pelancongan Marin Pahang

Related Posts

PKBM Terus Kerjasama KBS Anjur LTDL 2018

24/10/2017
0

KUALA LUMPUR – Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan meneruskan kerjasama dalam penganjuran perlumbaan...

Malaysia Miliki Pusat Kecemerlangan BMX Asia Pada 2019

02/10/2017
0

KUALA LUMPUR - Malaysia bakal memiliki sebuah Pusat Kecemerlangan BMX Asia bernilai RM6.5 juta yang akan dibina di sebuah pusat...

Next Post

'Kampung Nemo' Produk Pelancongan Marin Pahang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd