• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kim Swee Mula Tugas Cari Pemain Ke Sukan SEA 2015

oleh Ahmad Albab
20/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jurulatih Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee diberi tempoh sebulan bermula Mei depan, untuk menyediakan sebuah pasukan mantap bagi menghadapi Sukan SEA 2015 di Singapura.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Seri Afandi Hamzah berkata Kim Swee perlu memulakan tugasnya mencari pemain berpotensi untuk diserapkan dalam pasukan berkenaan, sebaik sahaja Liga Malaysia (Liga M) bermula Januari depan.

“Pasukan bawah 23 tahun itu dijangka memulakan latihan pusat bermula 1 Mei tahun depan kerana Sukan SEA dijadual berlangsung pada Jun.

“Kim Swee hanya ada sebulan untuk membentuk sebuah pasukan mantap,” katanya selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Khas FAM kali kedua penggal 2014-2018, di sini hari ini.

Beliau juga menjelaskan bahawa pasukan bawah 22 tahun (Harimau Muda B) di bawah kendalian jurulatih, Razip Ismail diberi tugas dalam saingan kelayakan Piala Asia Bawah 22 tahun.

Afandi berkata selepas beraksi dalam saingan kelayakan itu, pasukan Harimau Muda B akan meneruskan kempen mereka dalam Liga Singapura.

“Jadi Kim Swee sudah tidak terbeban untuk membawa dua pasukan (Harimau Muda A dan Harimau Muda B) dan dalam tempoh dua hingga tiga bulan ini, beliau ada masa mencari bakat baharu untuk ke Sukan SEA.

“Tugas Kim Swee ini sama macam tugas Dollah Salleh untuk membentuk pasukan Harimau Malaya. Beliau (Kim Swee) perlu menjelajah ke seluruh negara untuk mencari pemain yang berpotensi,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ong Kim Swee
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kim Swee Sah Ketua Unit Pembangunan Belia FAM

21/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Bekas ketua jurulatih skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee sah kembali ke Persatuan...

“Mereka Banyak Bercakap, Inginkan Publisiti” – Kim Swee

06/12/2019
0

SEPANG - Ketua Jurulatih skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee tidak senang dengan andaian ditimbulkan sesetengah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd