• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rasuah: Selangor Guna Pendekatan Tersendiri

oleh Ahmad Albab
16/07/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Kerajaan Selangor mempunyai pendekatan tersendiri memerangi rasuah iaitu dengan mewajibkan setiap Exco menandatangani ikrar bahawa mereka tidak mempunyai kepentingan dalam mana-mana kertas yang dibentangkan pada mesyuarat Exco Negeri.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata ia adalah langkah proaktif kerajaan negeri untuk menangani gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam kalangan anggota Exco, anggota lembaga pengarah anak syarikat kerajaan negeri dan penjawat awam.

“Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri meluluskan pendekatan yang mana sebelum mesyuarat bermula setiap Rabu, anggota Exco perlu menandatangani suatu ikrar bahawa mereka tidak mempunyai kepentingan dalam mana-mana kertas yang dibentangkan.

“Begitu juga dengan anak syarikat seperti PKNS yang mana sebelum mesyuarat bermula, setiap anggota lembaga pengarah menandatangani ikrar mereka tiada kepentingan dalam mana-mana kertas yang dibentangkan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Program Jimat Air di Pangsapuri Pelangi Court, Jalan Pekan Baru di sini, hari ini.

Mohamed Azmin mengulas kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad bahawa tiga kerajaan negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan masih belum memberikan komitmen untuk menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR).

​​​​​​​Katanya, usaha memerangi rasuah yang dijalankan SPRM akan sentiasa mendapat dokongan kerajaan negeri.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR menafikan dakwaan bahawa DAP dipinggirkan dalam pengumuman senarai kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan, Jumaat lepas.

Katanya DAP diberikan jawatan penting iaitu timbalan presiden yang disandang Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, bersama-sama Tan Sri Muhyiddin Yassin (Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)) dan Mohamad Sabu (Amanah).

Jumaat lepas, Pakatan Harapan mengumumkan struktur kepimpinan baharu yang diterajui Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad selaku pengerusi, Datuk Seri Anwar Ibrahim (ketua umum), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (presiden). – BERNAMA

Tags: Datuk Mohamed Azmin Alirasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelantikan Ketua Pesuruhjaya baharu tidak dengan sendirinya melahirkan sebuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu. Menurutnya,...

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

19/01/2026
0

SHAH ALAM - Seorang Pegawai Imigresen Gred KP 22 hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas 53 pertuduhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd