• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FAM Minta FMLLP Tangguh Liga Malaysia Ogos Ini

oleh Ahmad Albab
16/07/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meminta agar Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) menangguhkan kempen Liga Malaysia (Liga M) pada Ogos ini bagi membolehkan skuad bawah 22 tahun (B-22) menjalani latihan pusat menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata cadangan itu disuarakan sendiri oleh ketua jurulatih B-22 Datuk Ong Kim Swee yang hanya mempunyai 14 hari untuk mempersiapkan pasukan sebelum acara bola sepak membuka tirai pada 14 Ogos.

“Saya menyokong cadangan itu dan telah menghantar surat kepada FMLLP dan kita sedang menanti jawapan dari Kevin Ramalingam (Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP) yang akan bermesyuarat untuk menentukan keputusannya.

“Jika permintaan itu diluluskan, ia berita yang baik kerana Datuk Ong akan mempunyai masa selama 14 hari bersama pasukannya sebelum perlawanan pertama Kumpulan A Sukan SEA pada 14 atau 15 Ogos depan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis jamuan hari raya pasukan bola sepak dan futsal wanita kebangsaan di sini hari ini.

Perlawanan membabitkan Liga Perdana, Liga Super dan Piala Malaysia dijadualkan berlangsung pada 4, 5 dan 9 Ogos.

Sementara itu Hamidin berkata pihaknya akan menyelesaikan isu tuntutan gaji lima bekas jurulatih negara sebelum hujung bulan ini.

Lima jurulatih yang menuntut hak mereka ialah bekas penolong jurulatih skuad senior Hassan Sazali Mohd Waras, bekas jurulatih kecergasan skuad senior Reuben Jude, bekas penolong jurulatih B-22 Aminuddin Hussin, bekas jurulatih penjaga gol B-22 Megat Amir Faizal Ibrahim dan bekas jurulatih kecergasan B-22 Mashidee Sulaiman.

“Isu ini saya akan selesai sebelum hujung bulan ini. Saya sudah bercakap dengan Presiden Persatuan Jurulatih Malaysia B. Sathianathan dan minggu ini beliau akan berjumpa dengan saya.

“Kita sudah bayar pampasan tiga bulan pada bulan Mei lalu. Tetapi perlu saya katakan FAM tidak kejam, kita telah bayar ikut semua peraturan. Kita boleh berbincang dan kita juga sudah ada formula dan akan berjumpa dengan mereka untuk selesaikannya,” katanya.

Isu berkenaan mula timbul susulan tindakan kepimpinan baru FAM yang memecat barisan kejurulatihan skuad senior dan B-22 pada Mac lalu dengan tempat Frank Bernhardt selaku pengendali B-22 diisi oleh Kim Swee manakala kekosongan ketua jurulatih Harimau Malaya disandang Nelo Vingada.

Lima bekas jurulatih negara itu melahirkan rasa kecewa dengan tindakan yang mereka anggap kurang profesional kerana FAM enggan membayar keseluruhan baki gaji sebaliknya hanya membayar gaji bagi tiga bulan sahaja. – BERNAMA

Tags: FAMFMLLP
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sekali lagi menegaskan pendaftaran pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT)...

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

10/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan terdapat beberapa pihak dalam Persatuan Bolasepak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd