• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jemaah Haji N.Sembilan Diingat Sempurnakan Ibadah

oleh Ahmad Albab
16/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Bakal jemaah haji di Negeri Sembilan diingatkan agar menyempurnakan ibadah itu sebaik mungkin dan memberi tumpuan sepenuhnya sepanjang menjalani ibadah di Tanah Suci.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan turut menasihatkan para jemaah agar menjaga tingkah laku dan memastikan kesihatan berada dalam keadaan baik.

“Bulatkan hati kita ke sana untuk beribadah, pergi dengan hati yang tenang dan lapang…kita jadi tetamu Allah SWT. Mana-mana jemaah yang pernah pergi, perkemaskan lagi ibadah manakala jemaah yang pertama kali berangkat untuk menunaikan haji, tunaikan ibadah dengan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kursus Perdana Haji musim 1438H/2017M anjuran Tabung Haji (TH) di Masjid Kariah Paroi Jaya di sini yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Badlisyah Abdul Ghani.

Seramai 1,547 peserta haji dari seluruh Negeri Sembilan menghadiri kursus yang berlangsung selama dua hari bermula semalam.

Sementara itu, Badlisyah berkata kursus itu diadakan secara berperingkat di 17 lokasi di seluruh negara bermula 7 hingga 16 Julai ini.

Kursus ini dikendalikan oleh 120 orang daripada Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air (PEKTA) Negeri/Daerah dan Pembimbing Ibadat Haji (PIHTAS) yang memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada para jemaah.

“Kursus selama dua hari ini adalah platform akhir kepada jemaah untuk mengulang kaji dalam bentuk praktikal sebagai persiapan sebelum bertolak menunaikan ibadah haji.

“Satu daripada objektif kursus ini adalah untuk melahirkan jemaah haji berkualiti, berilmu dan mampu melaksanakan ibadah haji dengan sempurna,” katanya dan menambah penganjuran kursus itu melibatkan anggaran kos berjumlah RM5 juta untuk seluruh negara yang merupakan tanggungjawab sosial korporat TH. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamad Hasan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tok Mat Dan Isteri Mengundi Di SJKC Chung Hua

Tok Mat Dan Isteri Mengundi Di SJKC Chung Hua

01/08/2026
0

REMBAU - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudi...

Tok Mat: Negeri Sembilan Akan Cetus ‘Ombak Biru’ Seperti ‘Bangsa Johor’

Tok Mat: Negeri Sembilan Akan Cetus ‘Ombak Biru’ Seperti ‘Bangsa Johor’

31/07/2026
0

SEREMBAN – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Negeri Sembilan mungkin tidak mempunyai konsep "Bangsa Johor",...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd