• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tentera Meriahkan Rumah Terbuka Masyarakat Kampar

oleh
16/07/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Lazimnya Rumah Terbuka Aidilfitri menyaksikan tetamu dihidangkan dengan aneka juadah tradisi Melayu seperti lemang, rendang, ketupat dan dodol namun lain pula keunikan majlis ini.

Program anjuran penduduk Kampung Baru, Parit dan Ikatan Kamparputra Malaysia (Ikmal) pada Sabtu itu memaparkan keistimewaan tersendiri apabila turut disertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) buat julung kali.

Bahkan dua buah kenderaan tempur tentera darat menjadi ‘penyambut tetamu’ apabila diletakkan di pintu masuk Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Masyarakat Kampar 1Malaysia yang diadakan di Dataran Parit dekat sini.

Jurucakap penganjur, Datuk Akmar Hisham Mokhles berkata, majlis itu bertujuan mengukuhkan silaturahim antara masyarakat Kampar yang telah bertebaran di negara ini dengan penduduk tempatan khasnya di kawasan Parit.

“Pelbagai acara diatur seperti pameran mengenai tokoh masyarakat Kampar yang terkenal di negara ini antaranya Tok Gajah, Datuk Bahaman, Datuk Sagor dan penyanyi legenda, Allahyarham Datuk Sudirman Arshad,” katanya.

Selain jamu selera, pihak ATM ujar Akmar Hisham turut mengadakan program rawatan kesihatan dan pergigian percuma, kempen derma darah, pameran Rejimen Askar Wataniah, persembahan hiburan serta mini ‘Fun Fair’.

Di samping acara sukaneka, pihak penganjur juga menyediakan 50 hadiah cabutan bertuah bernilai RM10,000 termasuk tiga buah telefon pintar Samsung A9 serta 120 cenderamata khas untuk mereka yang menderma darah.

Manakala pihak Ikmal pula membuka kaunter pendaftaran ahli baharu serta gerai jualan cenderamata sepanjang majlis berlangsung dan tetamu yang mendaftar juga akan menerima ‘buah tangan’ dari Pejabat Perdana Menteri.

Menurut Akmar Hisham, pada majlis itu mereka akan mempamerkan maklumat mengenai sejarah Sultan Perak yang pertama, Sultan Muzaffar Shah 1 yang didatangkan khas dari Kampar, Sumatera untuk menjadi sultan.

Presiden Ikmal, Mejar Jeneral (B) Datuk Amir Guntur turut hadir pada majlis itu. Maklumat lanjut mengenai majlis itu boleh didapati menerusi www.facebook.com/groups/IKMALMALAYSIA.⁠⁠⁠⁠ – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Akmar Hisham MokhlesKampar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kepulangan Qobin Penjelajah Grand Slam Negara Meriah!

07/01/2018
0

SEPANG - Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini penuh dibanjiri ramai orang menyambut kepulangan penjelajah negara, Muhammad Muqharabbin...

Sejuk Melampau, Qobin Hadapi Sedikit Kesukaran

29/12/2017
0

KUALA LUMPUR – Penjelajah negara, Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin dilaporkan telah semakin menghampiri separuh penjelajahan dalam misi berski menuju ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd