• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tolong, Saya Terperangkap Di Dalam ATM Ini!

oleh
16/07/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON DC – Dalam satu kejadian yang mungkin tidak pernah berlaku, seorang kontraktor mesin juruwang automatik (ATM) didapati terperangkap di dalam ruang mesin tersebut sendiri.

Media Amerika Syarikat (AS) melaporkan, insiden lucu tapi benar itu berlaku akibat mangsa secara tidak sengaja terkunci dirinya sendiri dari dalam di salah sebuah cawangan Bank of America di Texas.

Seorang pegawai polis tempatan, Corpus Christi dilaporkan berkata, si lelaki tersebut pada asalnya cuba mahu menukar kunci yang dikatakan sebagai bermasalah di dalam bilik ATM tersebut.

Ketika terperangkap, mangsa terfikir idea yang bijak dengan menyelitkan nota pertolongan menerusi slot resit di ATM berkenaan ketika pelanggan datang untuk mengeluarkan wang tunai mereka.

“Tolong, saya terperangkap di dalam ini, dan saya pula tidak membawa telefon. Tolong telefon bos saya nombor….,” tulis lelaki berkenaan dalam nota tulisan tangan tersebut.

Ramai pelanggan pada mulanya menyangka ia mungkin gurauan namun ada menghubungi polis yang kemudian terpaksa menendang pintu bilik kebal tersebut bagi menyelamatkan lelaki terbabit.

Tidak pasti berapa lama lelaki berkenaan terperangkap di dalam bilik ATM itu. Pegawai Senior, Ricard Olen mengklasifikasikan kejadian tersebut sebagai sangat pelik.

“Semua orang okay, tetapi kamu mungkin tidak akan dapat melihat kejadian seumpama ini berlaku lagi. Ia sangat gila,” kata pegawai tersebut. – Agensi

Oleh: Amy Maizura

Tags: mesin ATM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Lagi Caj RM1, Pengeluaran ATM Antara Bank Percuma Mulai Julai

Tiada Lagi Caj RM1, Pengeluaran ATM Antara Bank Percuma Mulai Julai

15/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Semua bank di Malaysia akan memansuhkan caj RM1 bagi pengeluaran tunai antara bank menerusi Mesin Juruwang Automatik...

Caj RM1 Dikecualikan Di ATM Rangkaian MEPS

03/04/2020
0

CAJ pengeluaran RM1 di semua mesin pengeluaran wang (ATM) rangkaian Malaysian Electronic Payment System Sdn Bhd (MEPS) diberi pengecualian berkuatkuasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd