• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kekurangan Bekalan LKM Hanya Di JPJ Pandang Jawa

oleh AK-47
16/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Masalah kekurangan sementara bekalan disk Lesen Kenderaan Motor (LKM) semalam hanya berlaku di cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Padang Jawa, Shah Alam, kata Pengarah JPJ Selangor Nazli Md Taib.

Beliau berkata kekurangan bekalan itu hanya berlaku selama dua jam bermula 10 pagi berikutan kunjungan pengguna yang terlalu ramai berbanding biasa semalam dan berjaya diatasi apabila bekalan tambahan tiba daripada ibu pejabat JPJ.

“Sebaik kami mendapati bekalan disk LKM hampir habis, kami segera membawa bekalan daripada ibu pejabat dan ketika kekurangan itu kami hanya mengehadkan jumlah pengeluaran kepada ejen dan wakil-wakil syarikat yang ingin mendapatkan LKM dalam bilangan yang banyak manakala bagi individu tiada masalah ,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Nazli berkata bekalan LKM itu kembali mencukupi untuk pengguna pada pukul 12 tengah hari semalam dan penularan kekurangan LKM melalui media sosial sengaja diperbesarkan oleh ejen dan wakil syarikat kerana bimbang kehilangan pelanggan akibat tempoh menunggu yang lama daripada biasa untuk pembaharuan LKM,

Semalam, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai meminta Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Nadzri Siron untuk menyiasat perkara itu kerana beliau dimaklumkan stok disk LKM masih banyak dan tidak sepatutnya berlaku kekurangan. – BERNAMA

Tags: Bekalan LKMJPJ SelangorNazli Md Taib
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MyLesen Kadet JPJ Beri Pendedahan Keselamatan

19/04/2018
0

KUALA LUMPUR - Program MyLesen Kadet Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dilaksanakan bagi memberi pendedahan khusus tentang keselamatan jalan raya kepada...

3 Individu, Seorang Pegawai JPJ Selangor Ditahan

30/01/2018
0

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor selepas disyaki...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd