• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pusat Pemeriksaan Diserang 5 Anggota Keselamatan Mesir

oleh AK-47
14/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAHERAH – Lima anggota keselamatan terbunuh selepas militan melepaskan tembakan rambang di sebuah pusat pemeriksaan di wilayah Giza, Mesir, menurut agensi berita China Xinhua memetik Agensi Berita Timur Tengah (MENA).

“Dua anggota polis dan tiga rekrut maut dalam kejadian serangan di pos pemeriksaan di daerah Badrasheen, barat daya Kaherah,” kata MENA memetik sumber Kementerian Dalam Negeri.

Menurut beberapa saksi, lelaki bersenjata cuba untuk membakar mangsa dengan menyimbah bahan mudah terbakar namun berjaya dihalang penduduk yang kebetulan berada di lokasi kejadian.

Susulan itu, pasukan penyiasat dikerahkan ke tempat kejadian dan kementerian mengeluarkan arahan, kawalan di pintu masuk dan keluar berhampiran lokasi serangan diperketatkan selain meluaskan kawasan kawalan bagi mengesan penyerang.

Mesir dicengkam konflik anti-keselamatan selepas bekas presiden Mohamed Morsi digulingkan pada 2013, menyaksikan ratusan anggota keselamatan dan berdozen orang awam terbunuh.

Cawangan kumpulan Daesh di utara Sinai mengaku bertanggungjawab ke atas kebanyakan serangan yang sering kali disasarkan di Semenanjung Sinai.

Baru-baru ini serangan menular ke negeri dan bandar lain. – BERNAMA

Tags: konflik anti-keselamatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd