• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Krisis Dadah Terburuk Dalam Sejarah AS’

oleh Ahmad Albab
14/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Seramai 412 doktor, jururawat dan lain-lain kakitangan profesional perubatan didakwa atas tuduhan melakukan penipuan dengan mengeluarkan preskripsi berlebihan ubat opioid.

Peguam Negara Amerika Syarikat (AS), Jeff Sessions, menganggap perbuatan itu sebagai ‘krisis dadah terburuk dalam sejarah negara’ apabila hampir 60,000 terbunuh kerana mengambil ubat berlebihan sepanjang tahun lalu.

Opioid merangkumi ubat-ubatan yang kerap digunakan bagi melegakan kesakitan dalam lingkungan sederhana hingga kronik.

Tuduhan dikenakan terhadap doktor dan lain-lain pihak yang terbabit dalam pengedaran ubat ketagihan seperti Oksikodon ke pasaran menggunakan skim preskripsi tidak sah.

Pertuduhan menyasarkan individu yang membuat tuntutan palsu terhadap insurans kesihatan dikendalikan oleh kerajaan iaitu Medicaid dan Medicare termasuk bagi program pemulihan dadah.

Ia turut membabitkan individu yang mengeluarkan preskripsi ubat secara tidak sah kepada pesakit bagi membolehkan mereka membuat tuntutan berlebihan kepada kerajaan.

Jabatan Kehakiman berkata, tindakan itu menyebabkan kerajaan menanggung kerugian AS$1.3 bilion (RM5.58 bilion).

“Terlalu ramai kakitangan profesional perubatan seperti doktor, jururawat dan ahli farmasi memilih untuk mengenepikan sumpah mereka dan meletakkan sikap tamak melebihi tanggungjawab kepada pesakit.

“Lebih mengagumkan, ada sesetengah daripada individu terbabit meraih jutaan ringgit susulan jenayah ini. ”

Mereka seolah-olah tidak menyedari kesan buruk akibat sikap tamak itu,” kata Sessions. – AFP/BH ONLINE

Tags: Amerika Syarikatdadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

08/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Malaysia Aviation Group (MAG) mengarahkan kesemua 1,260 juruterbang Malaysia Airlines menjalani saringan dadah wajib sebagai...

Tunku Mahkota Ismail Terima Menghadap Dr. Omar Suleiman

Tunku Mahkota Ismail Terima Menghadap Dr. Omar Suleiman

31/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima menghadap Dr. Omar Suleiman hari ini. Menurut laman media...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd