• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azmin Tak Faham Perlembagaan Persekutuan

oleh AK-47
13/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali disifatkan sengaja mempolitikkan Perlembagaan Persekutuan berkaitan tanah kerana mahu berlagak ‘hero’ dalam isu pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setia Alam dan Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, dekat sini.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar berkata walaupun menteri besar itu merujuk kepada Perkara 83(2) Perlembagaan Persekutuan dalam mengenakan caj premium tanah, namun beliau dilihat seperti ‘tidak baca habis’ dan tidak faham peruntukan serta syarat yang ditetapkan kerana mahu mengenakan caj tinggi.

“Peruntukan itu ada menyebut syarat untuk mengenakan caj premium tanah milik Kerajaan Negeri yang dirizabkan bagi tujuan persekutuan tidak boleh ditentukan mengikut nilai pasaran semasa.

“Sebaliknya, caj premium tanah yang telah dirizab untuk pembangunan kedua-dua BBP itu sepatutnya mengikut nilai asal iaitu ketika tanah itu dipindah milik oleh pemaju kawasan berkenaan kepada kerajaan negeri lebih 10 tahun lepas,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Malah, katanya, kerajaan Selangor sebenarnya tidak rugi RM22.2 juta seperti yang dinyatakan Mohamed Azmin kerana kedua-dua tapak tanah berkenaan diserahkan oleh syarikat pemaju kawasan tersebut kepada kerajaan negeri secara percuma untuk dirizabkan bagi tujuan persekutuan.

“Jadi, diskaun 75 peratus yang ditawar kerajaan negeri sepatutnya diguna pakai bagi caj premium tanah pada nilai yang dahulu dan bukannya ikut nilai pasaran semasa sekarang,” jelas Noh.

Beliau berkata tindakan Mohamed Azmin itu membuktikan pemimpin pembangkang lebih berminat mensensasikan dan mempolitikkan sesuatu isu yang konon pada akhirnya nanti dilihat sebagai ‘pembela’ sedangkan mereka sebenarnya hanya mengelirukan rakyat dengan isu yang dimainkan.

Sebelum ini, Mohamed Azmin dalam kenyataannya memberitahu penilaian harga pasaran bagi tapak tanah BBP di Setia Alam adalah berjumlah RM19.8 juta atau RM1,700 semeter persegi manakala BBP Bukit Rahman Putra bernilai RM9.7 juta atau RM1,200 semeter persegi. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamed Azmin AliTan Sri Noh Omar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PN Versi PAS Singkir Pemimpin Bersatu

PN Versi PAS Singkir Pemimpin Bersatu

18/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) mengumumkan penstrukturan semula pentadbiran PN berkuat kuasa serta-merta sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri...

PN Selangor Desak ADUN DAP Mohon Maaf Kepada Sultan Selangor

PN Selangor Desak ADUN DAP Mohon Maaf Kepada Sultan Selangor

19/05/2026
0

SHAH ALAM – Perikatan Nasional (PN) Selangor menggesa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki segera memohon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd