• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Persediaan PAIP Atasi Masalah Air Semasa Aidilfitri

oleh AK-47
13/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Persediaan awal yang dilakukan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) membolehkan bekalan air semasa cuti Aidilfitri baru-baru ini berjalan lancar tanpa gangguan.

Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Mohd Zahari Md Isa berkata pada musim perayaan itu, permintaan bekalan air di negeri ini meningkat dua kali ganda tetapi tiada gangguan bekalan air kritikal dilaporkan berlaku termasuk di kawasan Felda dan kampung tradisional, berbanding pada tahun sebelumnya.

“Sebagai persediaan sempena Aidilfitri baru-baru ini, kita menyediakan 184 tangki statik dan 30 lori tangki air di seluruh kawasan yang dijangka mengalami gangguan bekalan air.

“Gangguan itu lebih kepada tekanan air rendah dan terputus bekalan terutama di kawasan tinggi selain disebabkan oleh kerosakan apabila berlakunya paip pecah dan kebocoran di kawasan-kawasan tertentu,” katanya pada sidang media sempena majlis Aidilfitri PAIP dekat sini, hari ini.

Beliau berkata tindakan segera kakitangan PAIP yang bertugas dengan membaiki kerosakan paip dalam tempoh singkat juga membolehkan gangguan bekalan air dapat diatasi.

PAIP juga berpuas hati kerana aduan berhubung gangguan bekalan pada tempoh itu amat minimum dan daripada 184 tangki yang disediakan, hampir keseluruhannya tidak digunakan.

“Ini membuktikan bahawa penambahbaikan termasuk penggantian paip baru membantu mengurangkan masalah gangguan bekalan terutama pada musim perayaan,” kata Mohd Zahari.

Kira-kira 1,000 tetamu termasuk kakitangan PAIP memeriahkan majlis itu. – BERNAMA

Tags: Datuk Mohd Zahari Md Isa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd