• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MADA Perkenal Silibus Sembur Racun Guna Dron

oleh AK-47
13/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) memperkenalkan silibus pembelajaran penggunaan dron kepada pelatih Pusat Latihan Padi MADA dalam usaha memperluaskan penggunaan dron bagi menyembur racun secara komersial dalam sektor penanaman padi.

Pengerusi MADA Datuk Othman Aziz berkata silibus yang diperkenalkan itu meliputi tatacara dan kaedah pengendalian dron secara lebih teratur kepada para pengendali dron, sekaligus boleh mencipta kira-kira 1,000 peluang pekerjaan apabila penggunaan teknologi itu digunakan secara meluas pada masa hadapan.

“Setakat ini, sebanyak 10 buah dron telah diguna dan dikendalikan oleh pihak MADA bagi kerja-kerja menyembur racun pada musim pertama penanaman padi untuk tahun ini yang melibatkan kawasan Projek Estet Padi MADA seluas 2,200 hektar.

“Kita perlukan lebih kurang 500 buah dron bagi meliputi kawasan jelapang padi seluas 100,000 hektar,” katanya kepada Bernama pada Majlis Rumah Terbuka Perniagaan Peladang MADA (MADACorp) di sini, hari ini.

Beliau berkata belia yang berminat boleh memohon menjadi ‘pilot’ untuk mengendalikan dron dan mereka akan diberi bayaran gaji asas berjumlah RM1,000 dan insentif turut akan diberikan mengikut keluasan pengendalian tanah yang diracun.

​​​​​​​​​​​​​​Perkhidmatan dron ini disediakan oleh anak syarikat MADA, iaitu MADACorp Sdn Bhd dan juga Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan ia tidak sama sekali menggunakan peruntukan dari pihak Kerajaan Persekutuan.

Melalui penggunaan dron, serangan serangga dan perosak secara berkelompok dapat dikawal, penyemburan mengikut jadual dapat diselaraskan dan menghasilkan semburan yang tepat, cepat dan jimat.

Othman yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata walaupun keberkesanan penggunaan dron itu masih belum dapat diketahui sepenuhnya sehingga akhir musim, namun setakat ini ia dilihat mampu mengawal masalah makhluk perosak pada tanaman padi.

“Maklumat yang kita ada sebelum ini menunjukkan berlaku kerosakan pada tanaman padi oleh makhluk perosak antara tiga hingga lima peratus, namun sejak penggunaan dron ini kita tidak mendengar sebarang aduan daripada pihak petani lagi,” katanya.

Katanya langkah penggunaan dron itu turut dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam industri pertanian padi termasuk mampu untuk menentukan ketepatan dan keserataan penyemburan racun pada tanaman padi. – BERNAMA

Tags: Datuk Othman AzizMada
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lantikan Menteri Bukan Campur Tangan Politik

02/05/2019
0

JERLUN - Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak menganggap lantikan Menteri Pertanian dan Industri...

Pengerusi MADA: Kerajaan PH Disindir Mungkir Janji Lagi

01/04/2019
0

ALOR SETAR - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) disindir terus memungkiri janji untuk tidak melibatkan lantikan politik dalam syarikat milik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd