• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LPJ Beri Kerjasama Kehilangan Peralatan Radar

oleh AK-47
13/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) sudah memberikan kerjasama sepenuhnya dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan kehilangan peralatan radar ketenteraan bernilai jutaan ringgit di Pelabuhan Tanjung Pelepas, baru-baru ini.

Pengurus Besar LPJ Muhammad Razif Ahmad berkata pihaknya berharap hasil siasatan itu kelak diumumkan.

“Kami mohon pihak yang menjalankan siasatan supaya memberitahu isunya.. .kalau tiada isu pun kena sebut jugalah tiada isunya kerana kita tidak mahu perkara ini tergantung,” katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri LPJ, di sini hari ini, Turut hadir Pengerusi LPJ Datuk Abdul Rahim Ramli.

Muhammad Razif sekali lagi menegaskan bahawa kontena mengandungi peralatan berkenaan sebenarnya tidak hilang malah selamat sampai ke destinasi ditetapkan.

Beliau bagaimanapun berkata kejadian berkenaan sememangnya menjadi pengajaran kepada semua pihak berkaitan.

Sehubungan itu, beliau mengalu-alukan ruang untuk memperbaiki Prosedur Operasi Standard (SOP) pelabuhan berkenaan.

Pada 29 Jun lepas, sebuah akhbar berbahasa Inggeris dalam laporannya, mendakwa sistem peralatan radar ketenteraan bernilai jutaan ringgit itu hilang di PTP dalam perjalanan transit dari Australia ke Belanda.

Kontena memuatkan radar terbabit didakwa ditahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sementara menunggu dokumen diperlukan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Bagaimanapun, Ketua Pengarah JKDM, Datuk T. Subromaniam menafikan kontena berisi radar terbabit hilang, sebaliknya menegaskan peralatan itu sudah sampai di Belanda melalui Pelabuhan Rotterdam. – BERNAMA

Tags: LPJ
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd