• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Industri Jagung Bijirin Sumber Pendapatan Baharu

oleh Ahmad Albab
13/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penanaman jagung bijirin sebagai industri baharu bagi memenuhi keperluan makanan ternakan negara bakal memberi peluang kepada pengusaha kecil-kecilan khususnya generasi muda untuk menjadikan bidang pertanian sebagai sumber pendapatan.

Kalangan mereka yang terbabit dalam bidang pertanian berpendapat kejayaan projek perintis jagung bijirin di kawasan seluas 30 hektar di Kampung Dadong,Terengganu yang mencapai anggaran tuaian kira-kira 200 tan metrik sejak Mac lepas, boleh dijadikan panduan untuk golongan berkenaan bergiat aktif dalam dalam projek seumpama itu.

Ahli Jemaah Pengarah, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) Datuk Ahmad Mukhriz Ahmad Fuad berpendapat kejayaan projek perintis itu membuktikan kerajaan berjaya merancakkan lagi kedua-dua subsektor pertanian negara iaitu penanaman dan ruminan (penternakan ayam).

“Jika kita lihat subsektor penanaman, kerajaan berjaya menyasarkan bagi mengguna pakai tanah-tanah terbiar sebanyak 120,000 hektar untuk tanaman jagung. Jadi, pihak yang sebelum ini tidak berkeupayaan menceburi bidang itu kerana tidak memiliki tapak, harus merebut peluang ini,” katanya kepada Bernama.

Beliau juga berharap, pengurangan kos pengeluaran makanan ternakan dapat melahirkan lebih ramai pengusaha baharu kecil-kecilan dalam kalangan generasi muda yang mengusahakan ladang-ladang kecil penternakan di seluruh negara kerana sebelum ini industri penternakan ayam banyak dikuasai syarikat besar.

Selain itu, Ahmad Mukhriz berkata lebih ramai pengusaha industri sokongan dalam bidang pertanian dan penternakan dapat dilahirkan antaranya pembekal baja dan benih, penyedia logistik, pemprosesan serta pihak yang terlibat dengan penjualan dan eksport.

“Dengan bantuan khusus yang disediakan kerajaan seperti skim bantuan geran Agropreneur Muda, saya yakin lebih ramai anak muda akan berminat menjadikan bidang pertanian sebagai kerjaya pilihan,” kata Ahmad Mukhriz yang juga pengerusi Biro AgroPemuda, Pergerakan Pemuda UMNO.

Sebelum ini, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata projek perintis jagung bijirin di Kampung Dadong adalah kejayaan besar kepada industri pertanian negara kerana sasaran itu berjaya melepasi piawaian antarabangsa bagi penanaman jagung bijian iaitu lima tan metrik per hektar.

Susulan itu, Ahmad Shabery berkata kementerian bercadang menjadikan projek jagung Kampung Dadong sebagai dasar untuk menjadikan jagung bijirin yang dijadikan makanan utama bagi ternakan sebagai satu industri dengan memperluaskan projek itu ke kawasan-kawasan berpotensi.

Beliau berkata pengusaha ternakan mengimport hampir empat juta tan makanan ternakan pada setiap tahun antaranya dari Argentina dan Brazil yang bernilai RM3.1 bilion.

Sementara itu, ​​​​​​​Presiden Dewan Perniagaan Usahawan Agro Malaysia Mohd Effendi Tahir berkata projek penanaman jagung bijirin memerlukan penglibatan ramai agropreneur di seluruh negara.

”Ia pasti membuka peluang pekerjaan dan perniagaan kepada banyak pihak kerana bakal mewujudkan satu ekosistem baharu termasuk pembekalan benih, penanaman, baja, penuaian, pengeringan, pengumpulan, pemprosesan, logistik, penjualan, pengeksportan dan pembiayaan,” katanya.

Beliau menzahirkan keyakinan, penanaman jagung bijirin akan dapat mengurangkan kebergantungan kepada import bahan makanan ternakan, membantu kestabilan bekalan, selain menyeimbangkan harga input pengeluaran ternakan seperti ayam, ikan dan daging.

Timbalan Pengerusi Kelab Generasi Transformasi Ruminan Malaysia (GTR), Nordin Mat pula berkata penghasilan jagung bijirin di negara ini akan menghasilkan makanan ternakan yang lebih berkualiti dan segar kerana baru dituai.

“Batang jagung bijirin yang telah dituai juga boleh menjadi sumber fiber yang baik dan murah kepada penternak ruminan dan perlu dikomersialkan untuk faedah banyak pihak,” katanya. – BERNAMA

Tags: BeliaTanaman Jagung
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemimpin Belia Sampaikan Khutbah Jumaat Di Perak Esok

Pemimpin Belia Sampaikan Khutbah Jumaat Di Perak Esok

18/05/2023
0

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan khutbah Jumaat di negeri ini esok bertemakan belia sempena Hari Belia Negara...

Belanjawan 2023: TEKUN Sedia RM10 Juta Bantu Belia Keluarga Susah

Belanjawan 2023: TEKUN Sedia RM10 Juta Bantu Belia Keluarga Susah

24/02/2023
0

KUALA LUMPUR: Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) menyediakan RM330 juta, termasuk RM10 juta bagi membantu belia daripada keluarga susah,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd